Kia Stinger ditamatkan selepas tahun 2022 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Kia Stinger merupakan antara kereta yang menarik perhatian datangnya dari pengeluar automotif Korea, namun sambutan yang kurang memberangsangkan menyebabkan ia memiliki jangka hayat yang agak singkat dalam dunia ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut laporan daripada Korean Car Blog, produksi Kia Stinger bakal ditamatkan pada musim bunga 2022 disebabkan Kia mahu memberikan laluan kepada produksi massa kenderaan elektrik pada masa akan datang.

Kia Stinger pada ketika ini dipasang di kilang Sohari, Gwangmyeong namun kilang tersebut bakal digunakan untuk pemasangan model-model EV, termasuklah Kia Carnival versi hibrid.

Proses pengubahsuaian barisan produksi itu bakal mengambil tempat pada awal tahun depan, dan dijangka siap menjelang separuh kedua tahun 2022.

 

Stinger

 

Di Amerika Syarikat, Kia Stinger berjaya terjual sebanyak 13,861 unit pada tahun 2019, namun angka tersebut menurun kepada 12,556 unit pada tahun berikutnya.

Lebih menyedihkan, krisis kekurangan bekalan cip mengakibatkan sedan sports pacuan roda belakang ini menjunam teruk kepada 147 unit sahaja untuk tempoh Januari-Jun 2021 sekaligus menjadikan kereta Kia yang paling tidak laku untuk tahun ini.

Dengan penutupan barisan produksi Stinger di Korea, produksi berjumlah rendah itu berkemungkinan besar akan diteruskan di fasiliti lain seperti di Kaliningrad, Russia serta di Ust-Kamenogorsk, Kazakhstan.

Sumber: The Korean Blog menerusi Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini terdapat laporan dari Korea mengatakan bahawa Kia Stinger bakal mendapat pengganti…
Berita Global
Masalah ini boleh mengakibatkan sedan pacuan roda belakang itu kehilangan kuasa semasa berada di…
Berita Global
Hanya 1,000 unit sahaja Kia Stinger Tribute Edition yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia, dan…