
Namun itu tidak menghalang Sportage dari terus diminati sehingga mendapat sambutan hangat di Eropah terutama sekali di United Kingdom.
Kepada mereka yang tidak gemarkan bayangan Porsche tersebut, Kia telah melancarkan Sportage wajah baharu di UK.
Perubahan yang dibuat bukan sekadar kosmetik tetapi turut melibatkan tawaran enjin baharu EcoDynamic+ 48V diesel mild-hybrid.
Berikut ialah perubahan pada Kia Sportage 2018:
- Enjin baharu 2.0 liter R diesel mild-hybrid EcoDynamics+. Enjin ini dibekalkan dengan kuasa tambahan dari bateri 48 volt dan mampu memanjangkan masa nyah operasi enjin dengan unit generator-starter mild-hybrid.
- Enjin 1.7 liter CRDi digantikan dengan enjin baharu 1.6 liter U3 CRDi yang merupakan enjin diesel paling bersih pernah Kia hasilkan.
- Varian tertinggi ditawarkan dengan pacuan AWD dan transmisi tujuh kelajuan
- Bamper depan dan belakang baharu
- Lampu depan, belakang dan lampu kabus kiub ais LED baharu
- Roda aloi rekaan baharu - 16 inci, 17 inci dan 19 inci
- Bahagian dalaman dengan stereng dan kluster instrumen baharu dan tona dalaman dua warna, hitam dan kelabu
- Sistem Smart Cruise Control dengan Stop&Go

Pada tahun 2017, lebih dari 131,000 unit Kia Sportage telah terjual dan jumlah tersebut adalah satu perempat daripada jualan keseluruhan Kia di Eropah. Di UK sahaja sebanyak 39,683 unit Sportage telah terjual pada tahun yang sama.
Untuk pasaran tempatan pula, Sportage wajah baharu mungkin dipasarkan pada hujung tahun nanti atau tahun depan memandangkan penghantaran model ini di Eropah hanya akan bermula pada suku ketiga tahun ini.
Penulis: Muhammad Md Tajudin