Kia Sportage dicuri dua kali dalam masa sebulan, kena mandi bunga ni!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam internet, ada satu istilah meme yang digelar sebagai Bad Luck Brian, di mana ia digambarkan sebagai manusia yang selalu mengalami nasib yang buruk dalam apa jua aspek kehidupan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini mungkin sekali salah seorang daripada 'Bad Luck Brian' apabila kenderaan jenis SUV Kia Sportage milik lelaki Denver ini dicuri dua kali dalam tempoh satu bulan!

Menurut laporan daripada pihak berkuasa polis Denver, selepas Kia Sportage tahun 2018 milik lelaki ini dicuri buat kali pertama, beliau membeli sebuah lagi kereta yang sama, iaitu Kia Sportage 2018. 

Namun, beliau akhirnya terpaksa berputih mata apabila SUV kedua kesayangan beliau tak sampai sebulan dicuri buat kali kedua!

Denver Police mengaitkan kes kecurian ini dengan wabak pandemik COVID-19 yang turut memberikan kesan kepada ekonomi dan tekanan hidup di kawasan metropolitan Denver itu. 

Data statistik jenayah juga menunjukkan kadar kecurian kenderaan meningkat daripada 4,248 unit (2019) kepada 6,394 unit pada tahun ini. 

Antara senarai kenderaan panas di Denver termasuklah trak pikap Ford, trak pikap Chevrolet, serta model-model Honda, Subaru, Hyundai dan Kia.
 
Sumber: Denver CBS

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu kenyataan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, kegiatan tersebut…
Berita Global
Di Boone, North Carolina, sepasukan polis Watauga terpaksa mengejar seorang suspek yang memandu…
Berita Domestik
Nilai kerugian dianggarkan bernilai RM90,000.  Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab…