Kia Sportage dan Sorento diesel ini jimat - Hampir seribu KM dengan setangki penuh!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Naza Kia Malaysia selaku pengedar rasmi kenderaan KIA di Malaysia pada hari ini mengumumkan pengenalan varian serta enjin diesel baharu 2.0 dan 2.2 masing-masing untuk Sportage dan Sorento. Kedua dua varian baharu itu dikenali sebagai Sorento HS Turbo Diesel dan Sportage GT Turbo Diesel. Sorento menggunakan enjin 2.2 CRDi (Common Rail Direct Injection) manakala Sportage pula 2.0 CRDi. Penggunaan minyak oleh enjin itu membolehkan kedua-dua model bergerak sehingga 1,000 km dengan setangki penuh! Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Bahagian Automotif, Naza Corporation Holdings, Dato' Samson Anand George, "Kami yakin telah melakukan segala yang mungkin bagi memastikan penantian model baharu ini berbaloi dan ia bakal berjaya susulan permintaan yang besar untuk enjin diesel sekarang ini." Kia Sorento HS Turbo Diesel 2.2L CRDI Kia Sorento HS Turbo Diesel 2.2L CRDI 2017.11 Varian baharu ini dilengkapi pelbagai kelengkapan premium seperti lampu projektor HIID dengan sistem lampu utama boleh suai (adaptive), gril radiator yang besar dan roda aluminium bersaiz 19 inci. Sorento HS Turbo Diesel juga banyak menerima anugerah di serata dunia seperti Anugerah Red Dot, Anugerah Rekabentuk iF Design Awards, ranking tertinggi dalam kajian kualiti awalan JD Power, Kereta Keluarga Terbaik di Anugerah Kereta Terbaik Australia, Kereta Tahunan Cars Guide dan pelbagai lagi. Sorento turut dilengkapi sistem dalaman terkini seperti sistem infotainmen dan multimedia interaktif, skrin tujuh inci TFT LCD, pintu but berkuasa, sistem parkir pintar, sistem pengesan tekanan tayar (TPMS), parkir brek elektronik dan seleksi mod pemanduan seperti Normal, Eco dan Sport. [gallery columns="4" ids="28465,28468,28475,28474"] Untuk keselamatan, Sorento dilengkapi dengan enam beg udara, pengurusan penstabilan kenderaan (VSM), kawalan penstabilan elektronik (ESC), sistem brek anti kunci (ABS), sistem bantuan mendaki (HAC) dan penggunaan struktur badan Advanced High Strength Steel (AHSS). Sorento HS dikuasakan oleh enjin 2.2 CRDi berkuasa 200 ps dengan tork 440 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi enam kelajuan automatik. Terdapat empat pilihan warna untuk pelanggan iaitu  Imperial Bronze (baharu), Snow White Pearl, Aurora Black Pearl dan Silky Silver. Kia Sorento HS Turbo Diesel 2.2L CRDI dipasarkan pada harga RM191,888. Ia turut didatangkan dengan lima tahun waranti tanpa had perjalanan. Kia Sportage 2.0L AWD GT CRDi Kia Sportage 2.0L AWD GT CRDi 2017.03 Penawaran terbaru ini adalah suatu yang mengujakan kerana ia adalah SUV segmen C ketiga dalam pasaran menggunakan enjin diesel selepas Haval H5 dan Mazda CX-5. Sportage ini juga menggunakan lencana GT Line yang memberi makna ia adalah varian istimewa dengan tambahan kelengkapan berbanding biasa. Bahagian depan semestinya menggunakan gayaan hidung harimau yang sudah menjadi identiti Peter Schreyer dan diapit pada kiri dan kanan ialah lampu DRL LED dan lampu kabus LED yang digelar kiub ais. Juga hebat ialah roda aluminium bersaiz 19 inci. Bahagian dalaman dilengkapi sistem multimedia dan infotainmen, enam pembesar suara, skrin 4.2 inci TFT LCD dan untuk lebih mudah, kerusi pemandu dan penumpang sebelah boleh dilaras secara elektrik. Berkuasa dalam kelas SUV segmen C ini ialah angka 400 Nm tork dari enjin 2.0 liter CRDi dengan output 185 ps. Diulangi, 400 Nm tork untuk sebuah SUV bersaiz sederhana. [gallery columns="4" ids="28487,28490,28488,28484"] Enjin itu dipadankan dengan sistem pacuan Dynamax AWD dan kuasa diserakkan oleh transmisi enam kelajuan automatik. Menurut Kia, sistem Dynamax AWD menawarkan lebih keselamatan dengan membahagikan kuasa secara pintar di antara roda untuk cengkaman yang lebih baik. Sportage GT dilengkapi enam beg udara, kawalan penstabilan elektronik (ESC), kawalan penstabilan kenderaan (VSC) sistem brek anti kunci (ABS), sistem bantuan mendaki (HAC) dan penggunaan struktur badan Advanced High Strength Steel (AHSS).

Kia Sportage 2.0L AWD GT CRDi 2017.14

Kia Sportage turut memenangi anugerah peringkat antarabangsa seperti J.D. Power’s Vehicle Dependability Study, Anugerah Rekabentuk Produk Red Dot 2016 dan sebagainya. Terdapat lima pilihan warna yang ditawarkan iaitu Cherry Black, Mercury Blue, Fiery Red, Snow White Pearl dan Mineral Silver. Kia Sportage 2.0L AWD GT CRDi dipasarkan pada harga RM159,888. Warantinya adalah selama lima tahun tanpa had perjalanan. Penulis: Muhammad Md Tajudin Gambar Kia Sorento HS Turbo Diesel [gallery columns="5" ids="28463,28464,28465,28466,28467,28468,28469,28470,28471,28472,28473,28474,28475,28476,28477,28478,28479,28480,28481,28482,28483"] Gambar Kia Sportage 2.0L AWD GT CRDi [gallery columns="5" ids="28484,28485,28486,28487,28488,28489,28490,28491,28492,28493,28494,28495,28496,28497,28498,28499,28500,28501"]