Selain dari berita ketibaan model SUV segmen-C itu dalam pasaran, Kia Sportage juga akan dipasang di dalam negara (CKD) sama seperti model Sorento dan Carnival di kilang Inokom Kulim, Kedah.
Perkara itu disahkan melalui CEO Bermaz Group, Datuk Francis Lee Kok Chuan dalam satu wawancara bersama The Edge, yang turut menyatakan sasaran jualan SUV ini dari 4,000 hingga 5,000 unit setahun.
Dengan sasaran empat angka itu, beliau berkata bahawa model tersebut bakal menjadi penyumbang utama pada syarikat.
Tambahan dengan sasaran tinggi jualan bagi model Kia itu juga adalah kerana jenama Kia diletakkan sebagai penyumbang utama Bermaz yang menggantikan Mazda ketika ini.
Menurut Lee, Mazda akan dinaikkan satu kelas ke atas untuk Malaysia, bersesuaian dengan model generasi baru yang akan diperkenalkan dalam masa dua hingga tiga tahun hadapan.
Lee berkata “Pejabat Kia Asia Pasifik berada di KL dan mereka mahu projek ASEAN menjadi kerana mereka sudah pun berada di tahap bagus di tempat lain, kecuali ASEAN dan China.
“Kini mereka meletakkan lebih perhatian kepada pasaran ASEAN,” kata Lee.
“Sportage terjual agak bagus di seluruh dunia; malah, mereka tidak mempunyai model import (CBU) untuk kami bawa masuk,” tambah CEO Bermaz itu.
Beliau turut mendedahkan bahawa syarikat akan memasarkan varian enjin pembakaran dalaman (ICE) dahulu sebelum memperkenalkan versi hibrid.
Di Eropah, Sportage baru ini dilancarkan dengan pilihan dua enjin ICE (petrol 1.6L turbo dan diesel turbo 2.0L), serta hibrid dan plug-in hybrid.