Kia Sportage 2022 tampil lebih agresif!

oleh Mohamad Hanif|
Terus terang kami katakan, Kia kini antara pengeluar automotif yang berani tampil dengan rekaan yang agak agresif untuk barisan model-model kenderaan baharu mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kia Sportage 2022 tidak kurang hebatnya apabila generasi baharu yang mula diperlihatkan ini tampil dengan rekaan yang agak berani dan lebih radikal berbanding generasi terdahulu.

Rupa bentuk baharu itu dimulakan dengan rupa hadapan yang garang, gril hadapan yang besar yang masih lagi menampilkan rekaan hidung harimau yang lebih moden (Digital Tiger Face), diikuti dengan lampu LED dan lampu nyalaan siang berbentuk boomerang.

 


Rekaan belakang pula memperlihatkan elemen yang diperoleh daripada model Kia EV6, namun dengan binaan tailgate yang lebih konvensional.

Bahagian sisi crossover ini menampilkan garis bahu yang kekal bersih namun lebih sporti, diikuti dengan rekaan tiang D yang tersendiri seakan bumbung terapung.

 


Ruang kabin Kia Sportage 2022 pula memperlihatkan rekaan papan pemuka berorientasikan pemandu dengan kehadiran skrin lebar, liang pendingin hawa 'tiga dimensi' serta konsol tengah serba baharu yang menempatkan rotary shifter serta gugusan butang fungsi di bahagian tersebut.

Untuk mereka yang mencari penampilan yang unik boleh mendapatkan Kia Sportage X-Line dengan rekaan bampar hadapan yang sedikit berbeza, aksen hitam serta penampilan rak bumbung yang lebih menonjol.

 


Bahagian kabin varian X-Line pula menawarkan penggunaan upholsteri hitam atau sage green, kemasan jahitan yang unik dan trim kayu logam.

Setakat ini, Kia tidak mendedahkan secara rasmi informasi berhubung trenkuasa yang bakal menduduki perut Sportage 2022 ini.