Kia Soul 2023 diperkenal, badan berkotak untuk Amerika Syarikat!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Soul 2023
Kia Soul 2023
Kereta berkotak biasanya banyak dijual di Jepun. Bukan semua pengguna boleh menerima reka bentuk sebegitu namun ianya tetap popular dan mempunyai peminat tersendiri.

Tidak terhad kepada Jepun, pengguna di Amerika Syarikat pun apa kurangnya. 

Lebih menarik, ianya ditawarkan oleh Kia dari Korea melalui Soul yang kini berada dalam generasi ketiga selepas dilancarkan pada tahun 2009.

Model terbaru itu berada di pasaran sejak tahun 2019 dan Kia baru sahaja mempertontonkan Soul facelift dengan perubahan pada bahagian depan dan belakang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Soul 2023

 

Bahagian depan kekal dengan lampu nipis yang merupakan identiti Soul generasi ketiga dan model 2023 sedikit berbeza. 

Bampar dan gril lebih ringkas tanpa lampu kabus yang diganti dengan sebaris lampu LED. Corak gril juga menarik perhatian.

Jika model pra facelift nampak garang dan rugged, Soul 2023 ini pula membawakan unsur-unsur funky.

Untuk bahagian sisi, Kia menawarkan roda aloi rekaan baharu dengan saiz 17 dan 18 inci. Bahagian belakang kekal dengan lampu bumerang.

 

Kia Soul 2023

 

Paling jelas ialah bampar baharu yang tampil ringkas kecuali muncung ekzos bentuk trapezoid bagi Soul GT-Line. Varian yang sama dahulu menggunakan dua muncung ekzos.

Untuk warna pula ada pilihan dua tona baharu iaitu Clear White dan Surf Blue yang kedua-duanya dikontra bumbung Fusion Black.

Pada bahagian dalam, skrin sentuh saiz 10.25 inci dengan navigasi dijadikan ciri standard untuk kesemua varian kecuali pilihan asas Soul LX.

Dari segi keselamatan, beberapa teknologi yang dulunya ditawarkan secara pilihan kini menjadi ciri standard untuk kesemua varian.

 

Kia Soul 2023

 

Di antara kelengkapan standard ialah Forward Collision Avoidance Assist-Pedestrian, Lane Keeping Assist + Lane Following Assist dan Driver Attention Warning.

Lagi kelengkapan standard ialah Lane Departure Warning, High Beam Assist dan Rear Occupant Alert.

Pembeli GT-Line Technology Package lebih komprehensif dengan tambahan ciri-ciri keselamatan. 

Di antaranya Forward Collision Avoidance Assist with Junction Turning capability, Highway Drive Assist dan Navigation based Smart Cruise Control.

Set hiburan pula istimewa dengan sistem audio premium Harman/Kardon, amplifier, subwoofer dan tweeter. Lagi meriah, pembesar suara mempunyai nyalaan mengikut irama.

 

Kia Soul 2023

 

Selain itu, kerusi depan dengan fungsi pemanas membantu dalam pemanduan cuaca sejuk. 

Lain kelengkapan pada varian ini ialah parkir brek elektronik, kerusi pelarasan berkuasa, dalaman dengan hiasan berkilat, penutup kargo dan lantai kargo dua tingkat.

Lampu depan dan belakang pula jenis LED.

Pembeli LX Technology Package didatangkan dengan Blind Spot Collision Avoidance (BCA) dan Rear Cross Collision Avoidance (RCCA). 

 

Kia Soul 2023

 

Berkenaan varian, Soul X-Line dan Turbo digugurkan dan pembeli di AS ditawarkan dengan Soul LX, S, EX, GT-Line, GT-Line Tech.

Menggerakkan Soul 2023 ialah enjin 2.0 liter berkuasa 147 hp pada 6,200 rpm dan tork pada 4,500 rpm yang dipadan bersama transmisi CVT Intelligent Variable Transmission.

Tentang sambutan, berapa popular Soul di Amerika Syarikat? Jualan 2021 lebih 75,000 unit atau peningkatan 5 peratus berbanding 2020.

Paling tinggi pada pada tahun 2015 sebanyak 147,133 unit!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia Soul 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…