Kia Soul 2022, SUV badan kotak dan dijual di Amerika Syarikat!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Soul 2022
Kia Soul 2022
Citarasa pengguna sememangnya pelbagai. Sesebuah kereta tidak semestinya perlu mempunyai reka bentuk badan yang sleek atau agresif untuk menarik pelanggan.

Di Jepun misalnya, kereta kecil (kei-car) mempunyai bentuk berkotak dan menjadi pilihan popular. Begitu juga dengan Perodua Kenari di negara kita satu ketika dahulu.

Bagaimana pula di negara barat? Atau secara spesifiknya di Amerika Syarikat? 

Mereka di sana tidak ditawarkan dengan Honda N-BOX atau Toyota Tank tetapi ada sebuah kereta jenama Korea iaitu Kia Soul.

Satu perkara menarik tentang Soul ialah selain nama yang merujuk kepada jiwa ia juga berbunyi seperti Seoul, ibu negara Korea Selatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Soul 2022

 

Soul bukan sebuah model baharu, generasi pertama SUV crossover kompak ini  diperkenalkan pada tahun 2008 dan generasi kedua menyusul pada tahun 2013.

Soul generasi ketiga pula diperkenalkan pada tahun 2019. Dari segi sambutan, Soul turut dijual di Eropah namun benar-benar bersinar di Amerika dengan jualan mencecah 147,133 unit pada tahun 2015.

Beberapa tahun di pasaran, Kia memperkenalkan Soul facelift di Amerika Syarikat pada 22 Jun 2021.

Perubahan dibuat tidak besar dengan logo Kia baharu pada bonet, pintu kargo belakang dan penutup tengah roda aloi (center caps).

Logo baharu Kia diperkenalkan pada Januari dan telah digunakan pada Sportage, EV6 dan Telluride.

 

Kia Soul 2022

 

Pada bahagian dalam, Soul varian S, X-Line dan GT-Line menggunakan skrin 10.25 inci dengan navigasi bagi menggantikan skrin tujuh inci sebelum ini.

Kelengkapan standard lain ialah dua kawalan suhu automatik, butang penghidup (push start) dengan immobilizer enjin, pengecas telefon tanpa wayar dan dua pengecas USB.

Kia bukan hanya menaik taraf komponen Soul 2022 tetapi turut mengurangkannya dengan varian asas LX tidak lagi mempunyai transmisi manual.

Selain pengurangan itu, Kia menambah LX Technology Package dengan roda aloi 16 inci dan teknologi bantuan pemanduan seperti Blind Spot Collision Warning, Rear Cross-Traffic Collision Avoidance Assist, Lane Change Assist, Forward Collision Avoidance Assist, Lane Keeping Assist dan Driver Attention Warning.

Skrin standard head unit Soul LX saiz tujuh inci digantikan dengan saiz lapan inci.

 

Kia Soul 2022

 

Menggerakkan Soul 2022 ialah dua pilihan enjin iaitu 1.6 liter turbo berkuasa 147 hp dan tork 179 Nm.

Satu lagi pilihan ialah 2.0 liter berkuasa 201 hp dan tork 264 Nm dan Kia memadankan kedua-dua pilihan dengan transmisi automatik.

Berkenaan harga, varian asas Soul LX 2.0L dijual pada harga USD19,190 (RM79,859) manakala varian paling premium Soul Turbo 1.6T berharga USD27,790 (RM115,648).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia Soul 2022

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…