Kia Soul 2020 - dua pilihan enjin ICE, satu varian EV

oleh Mohamad Hanif|
Pada acara Los Angeles Auto Show 2018, Kia telah memperkenalkan crossover Kia Soul secara rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun ia masih membawakan rekaan yang hampir serupa seperti mana generasi terdahulu, Kia telah mendatangkan beberapa perubahan besar yang futuristik pada kereta rekaan kotak ini. 
 


Rekaan lampu berlapis nampaknya menjadi trend masa kini apabila Kia Soul juga turut mengaplikasikan rekaan yang serupa, dimulakan pada bahagian lampu utama yang lebih nipis serta penampilan lampu kabus (atau DRL pada varian yang lebih premium) pada bumper yang lebih besar.

Bahagian tiang-C Kia Soul pula menampilkan lencana 'SOUL' selain dikatakan mengambil inspirasi daripada rekaan sayap kapal terbang.
 


Kia Soul ditawarkan dengan beberapa pilihan enjin; empat silinder sebaris 2.0 liter (147 hp/178 Nm) dengan trasmisi manual enam kelajuan atau Intelligent Variable Transmission (IVT), atau enjin turbo 1.6 liter (201 hp/264 Nm) yang dipadankan dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan. 

Selain daripada model enjin pembakaran dalaman, Kia Soul juga hadir dengan varian EV, yang dilengkapi pek batri 64 kWh, motor elektrik yang mampu menjana kuasa sekitar 201 hp dan 394 Nm dan sistem pengecasan pantas DC sebagai standard.

Walaubagaimanapun, Kia tidak mendedahkan kepada umum jarak operasi sebenar model EV Soul ini. 
 


Kia Soul menawarkan empat mod pemanduan; Eco, Comfort, Sport dan Eco+ selain dibantu dengan ciri regeneratif braking yang membolehkan kereta menjana kembali kuasa menerusi tenaga kinetik yang terhasil ketika memberhentikan kenderaan. 

Memasuki ruang kabin, skrin berwarna bersaiz 10.25 inci menyambut kehadiran penumpang dengan ciri sambungan kepada Android Auto, Apple CarPlay, Bluetooth serta ciri bantuan parkir kenderaan. 

Manakala bagi mereka yang inginkan ciri yang lebih daripada itu, sistem head-up display bersaiz 8 inci,  sistem bunyi Harman Kardon, subwoofer dan 10 buah speaker boleh dipilih untuk dilengkapkan ke dalam Kia Soul. 
 


Tidak melupakan aspek keselamatan, Kia Soul dilengkapi dengan ciri seperti pengelakan pelanggaran hadapan (FCA), bantuan pengekalan laluan (LKA), bantuan penukaran laluan (LCA), amaran tumpuan pemandu (DAW), amaran pelanggaran titik buta (BSCW), amaran pelanggaran lintasan belakang (RCCW), serta bantuan suluhan tinggi (HBA). 

Kia Soul ditawarkan dalam beberapa varian termasuklah GT-Line, EX Design Collection dan X-Line dengan penampilan ala off-road, body cladding, fender dan rim bersaiz 18 inci. 
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Video tersebut dikongsikan oleh pemilik Tesla yang berada betul di belakang dua kenderaan terlibat…
Berita Global
  Bahagian depan kekal dengan lampu nipis yang merupakan identiti Soul generasi ketiga dan model…
Berita Global
  Soul bukan sebuah model baharu, generasi pertama SUV crossover kompak ini  diperkenalkan pada…