Kia Sorento dipilih kereta paling memuaskan hati - Driver Power UK 2020

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kajian kepenggunaan kereta di United Kingdom memang seronok untuk diikuti. Pengguna di sana didedahkan dengan pelbagai model dan pengeluar pula bersungguh dalam memenangi hati pelanggan. 

Pengguna UK mempunyai sikap terbuka dalam memilih kereta, Buktinya ialah populariti kenderaan buatan Korea dan penerimaan Proton pada satu ketika dahulu.

Satu dapatan menarik apabila Kia Sorento terpilih menduduki tempat tertinggi dalam senarai kereta yang membuatkan pemilik gembira.

Kajian itu dibuat melalui program tinjauan Driver Power anjuran Auto Express di UK. Ia melibatkan tinjauan paling komprehensif mengenai kepuasan kereta baharu di sana.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Kia Sorento

 

Markah yang diperolehi Kia Sorento ialah 92.05 peratus dan turut dipilih dalam memiliki interior terbaik dengan kelebihan pada praktikaliti dan ruang but.

Sorento menang tipis mengatasi bekas juara Driver Champion iaitu Peugeot 3008. Satu fakta menarik apabila Sorento sudah lama di pasaran dan ia masih lagi memuaskan hati untuk dipandu.

Tempat ketiga dimenangi Lexus RX di hadapan Kia Niro dan Mazda CX-5.

Dalam tinjauan yang dibuat, Sorento menduduki tempat teratas untuk tempat duduk selesa, ruang simpanan barang, ruang kaki penumpang belakang dan beberapa kemudahan yang mesra kanak-kanak.

Pemilik juga menyukai pemanduan Sorento dan beberapa ciri lain seperti kualiti pembesar suara yang baik, navigasi satelit yang jelas, penyambungan telefon pintar cemerlang yang kesemuanya dipakej dalam antaramuka yang mudah digunakan.

 

Kia Sorento

 

Kedudukan dalam tinjauan ini mempamerkan dominasi pengeluar dari Asia dengan tujuh model berada dalam senarai sepuluh terbaik termasuk Corolla buatan Britain yang baru dilancarkan.

Dimulakan pada 2002, Driver Power adalah kajian kepuasan kereta paling besar dan komprehensif di UK.

Pengguna yang memiliki kereta sehingga 24 bulan ditanya dengan pelbagai aspek pemilikan yang merangkumi 31 bidang dan kemudian digabung menjadi sembilan kategori undian.

Di antara aspek yang ditinjau ialah ruang but, kualiti teknologi dalaman kereta, kos (ekonomi), pengendalian dan pemanduan dan reliabiliti.

Berikut ialah senarai sepuluh kenderaan terbaik Driver Power 2020:

  1. Kia Sorento
  2. Peugeot 3008
  3. Lexus RX
  4. Kia Niro
  5. Mazda CX-5
  6. Skoda Kodiaq
  7. Toyota Corolla
  8. Lexus IS
  9. Hyundai Ioniq
  10. Skoda Superb

Keputusan penuh boleh didapati di majalah dan laman web Auto Express.

Kia Sorento

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…