Kia Sorento baharu, SUV segak bergaya dilancar pada Mac depan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Motors nampaknya berjaya memberi nafas segar dalam gaya reka bentuknya yang boleh dilihat melalui gambar rasmi SUV Sorento baharu.

Koleksi gambar itu didedahkan dahulu sebelum dipertontonkan secara rasmi pada Pameran Kenderaan Antarabangsa Geneva pada Mac depan.

Sorento membawa imej senada dengan SUV global baharu Kia seperti Seltos dan Telluride. Model generasi keempat itu adalah hasil kerjasama di antara tiga studio global Kia di Korea, Eropah dan Amerika Utara.

Melalui pengaruh tersebut boleh dilihat bagaimana Sorento tampil dengan aura global.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
Kia Sorento

 

Para pereka Kia menggunakan konsep refined boldness dalam mengekalkan bentuk robust dan lasak yang dibawa oleh Sorento terdahulu.

Berbeza dengan trend kereta sekarang yang cenderung ke arah sleek dan aerodinamik, Sorento terus kekal maskulin yang juga imej asal sebuah pacuan empat roda.

Walaupun menggunakan garisan keras dan tajam, Sorento tetap kelihatan bergaya dengan perincian geometrik dan perkadaran (proportion) yang memanjang ke belakang.

Bahagian depan membawa definisi baharu 'hidung' harimau yang merupakan identiti Kia. Lampu utama turut membawa tema harimau pada bahagian lampu nyalaan siang LED yang menambah lagi fokus pada SUV itu.

 

Kia Sorento 2020

 

Bahagian dalaman tampak mewah dengan reka bentuk dan susun atur yang dilihat sepadan bagi menyaingi SUV besar di Amerika Syarikat.

Ada dua paparan digital iaitu di sebalik stereng dan papan pemuka manakala dua corong penyaman udara direka dengan unik dan mengapit panel kawalan suhu.

Setakat itu sahaja yang dikongsi Kia dan berkenaan nadi kuasa, berkemungkinan Sorento baharu digerakkan enjin petrol 2.0 liter dan 2.5 liter dan diesel turbo 2.0 liter dan 2.2 liter.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kia Sorento Gravity 2025   Sama seperti Santa Fe, perubahan pada Sorento 2025 tidak melibatkan…
Telah Diuji
Contoh yang paling dekat ialah Kia Sorento generasi ketiga, sudahlah berkongsi platform yang sama…
Berita Global
Kia Sorento 2023   Sejak dilancarkan pada 2020, Sorento generasi keempat telah terjual…