Kia Sorento 2021 facelift ditemukan - pelancaran bulan depan

oleh Mohamad Hanif|
Kia Sorento generasi ketiga sudah pun lama berada di pasaran semenjak tahun 2016, dan model SUV tersebut sememangnya memerlukan kemaskini yang lebih malar segar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa laporan daripada media automotif turut menemukan model ujian yang dipercayai Kia Sorento 2020 yang dijadualkan pelancaran rasminya pada 17 Februari ini. 
 


Berdasarkan pengamatan ringkas, Kia memetik beberapa elemen yang ada pada SUV kecil Seltos untuk dipakaikan pada Sorento, termasuklah gril hidung harimau, lampu utama yang lebih tajam serta rekaan bumper yang lebih agresif. 

Bahagian belakang pula menampilkan lampu utama jenis LED menegak seakan rekaan lampu Kia Telluride. 
 


Sementara itu, rekaan papan pemuka juga turut menerima kemas kini dengan penampakan skrin besar di tengah, butang kawalan yang diapit oleh corong pendingin hawa, dan kehadiran tombol gear berputar seakan unit yang terdapat pada Range Rover.

Sebelum ini Kia telah mengesahkan bahawa SUV ini akan didatangkan dalam varian plug-in hybrid. 
 


Perincian lanjut bakal didedahkan pada 17 Februari ini. 
 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Contoh yang paling dekat ialah Kia Sorento generasi ketiga, sudahlah berkongsi platform yang sama…
Berita Global
Kia Sorento 2023   Sejak dilancarkan pada 2020, Sorento generasi keempat telah terjual…
Berita Domestik
Generasi baharu itu telah membuat kemunculan di peringkat global pada tahun 2020, dan untuk pasaran…