Kia siar gambar acah SUV elektrik EV9 Concept

oleh Mohamad Hanif|
Tidak sampai beberapa hari sebelum acara Los Angeles Auto Show, Kia telah pun memperlihatkan konsep SUV elektrik EV9, dan difahamkan bakal menjadi model kenderaan elektrik terbesar Kia yang menyamai saiz Telluride.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kia EV9 Concept ini membawakan perkadaran SUV tradisional dengan rekaan berkotak, diikuti dengan rekaan fender bersegi dan jarak antara roda yang sangat panjang.
 

Kia EV9


Dari bahagian sisi, Kia EV9 Concept ini menampilkan rekaan bumbung terapung, terima kasih kepada tiang-tiang yang digelapkan dan rekaan bumbung suria panomarik yang cukup besar.

Unit lampu depan dan belakang pula membawakan teknologi LED.
 

Kia EV9


Menurut Kia, mereka menggunakan jaring ikan yang dikitar semula untuk bahagian alas lantai, botol plastik yang dikitar semula untuk tempat duduk, diikuti dengan upholsteri kulit vegan.

Rekaan papan pemuka pula sangat minimalis, menggandingkan kokpit digital dan skrin infotainmen dalam satu panel tunggal, diikuti dengan rekaan roda stereng yang lebih kecil.
 

Kia EV9


Berdasarkan gambar teaser, Kia EV9 menawarkan konfigurasi tiga baris tempat duduk dan ia disahkan menggunakan pelantar E-GMP yang sebelum ini digunakan pada model Kia EV6, Hyundai Ioniq 5 dan Genesis GV60.

Kia EV6 Concept bakal membuat kemunculan rasmi di Los Angeles Auto Mobility pada 17 November ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…