Kia Seltos rasmi masuk Indonesia - tiga varian, enjin 1.4 turbo, harga dari RM88k

oleh Mohamad Hanif|
Sementara kita menunggu ketibaan SUV kecil dari Korea ini, pasaran negara jiran kita Indonesia mendahului pelancaran rasmi Kia Seltos pada tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibawakan oleh PT Kreta Indo Artha selaku pengedar rasmi jenama Kia di sana, crossover segmen B ini ditawarkan dalam tiga varian utama, iaitu E, EX dan juga EX+.

 


Rupa luaran Kia Seltos tidaklah begitu jauh berbeza berbanding model yang dilancarkan di peringkat global, membawakan elemen signatur Kia seperti grill hidung harimau, rekaan lampu utama berlapis serta lampu membelok tiga dimensi. 

Lampu utama belakang juga adalah jenis LED, namun lampu mengundur dan lampu membelok didatangkan dengan mentol biasa.
 


Dari segi kuasa, Kia Seltos didatangkan dengan enjin 1.4 liter T-GDI Dual CVVT yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 140 hp dan 242 Nm daya kilas dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7 nisbah kelajuan. 

Varian terendah menerima kemasan rim bersaiz 16 inci dengan tayar 205/60 R16 manakala varian teratas hadir dengan rim bersaiz 17 inci dengan tayar bersaiz 215/60 R15.
 


Antara kelengkapan standard termasuklah lampu LED yang disebutkan tadi, cermin sisi dengan pemanas dan fungsi lipat, stereng boleh laras tilt dan teleskopik, manakala ciri bumbung suria pula adalah untuk varian tertinggi. 

Tempat duduk pula adalah jenis fabrik untuk varian asas, dan balutan kulit untuk varian tertinggi. 

Sistem paparan info pula didatangkan dengan paparan bersaiz 3.5 inci untuk model asas, dan skrin paparan 7 inci yang lebih premium untuk varian tertinggi. 

Manakala sistem infotainmen pula adalah jenis terapung dengan skrin bersaiz 8 inci yang turut didatangkan dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, serta fungsi pengecaman suara. 
 


Ciri keselamatan yang ada pada Kia Seltos merangkumi enam beg udara, ABS, EBD, ESC, Bantuan Mula Mendaki, kamera parkir berserta dengan 4 unit penderia parkir. 

Harga jualan di Indonesia pula bermula dari 295 juta rupiah (RM87,885.40) sehinggalah 355 juta Rupiah (RM105,760). 

Jadi, berapakah harga anggaran jualan Kia Seltos untuk pasaran Malaysia kelak? 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Daripada jumlah tersebut, model paling laris ialah Sportage dengan jumlah 452,068 unit! …
Berita Global
Setelah beberapa tahun di pasaran global, Kia akhirnya mendedahkan kemaskini berbentuk facelift…
Berita Global
Disebabkan permintaan yang kian meningkat, Hyundai baru-baru ini menawarkan sebuah SUV tiga baris…