Kia Seltos rasmi dilancarkan - SUV segmen A global Kia

oleh Mohamad Hanif|

Setelah beberapa kali terbocor imej dan gambar intipan, akhirnya pengeluar kenderaan daripada Korea, Kia memperkenalkan SUV kecil global mereka secara rasmi, Kia Seltos. 

SUV yang sememangnya direka untuk golongan muda-mudi itu membawakan rekaan luar dan garis-garis tajam yang sesuai dan kena dengan jiwa. 
 


Rekaan tradisional gril hadapan hidung harimau masih lagi menjadi identiti Kia dan diapit dengan rekaan lampu utama berlapis yang terdiri daripada lampu nyalaan siang LED dan lampu indikasi membelok tiga dimensi berbilang lapisan.

Menambahkan lagi daya tarikan yang ada pada Seltos ialah pilihan rim yang disediakan dalam tiga saiz, 16, 17 sehinggalah kepada rim 18 inci. 
 


Kia menyatakan bahawa Seltos akan dilengkapi dengan sistem paparan 10.25 inci, sistem paparan head-up 8 inci, sistem Sound Mood Lighting dan juga sistem bunyi keliling Bose. 

Pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif turut dimuatkan seperti pengurusan kestabilan kenderaan yang merangkumi ciri kawalan cengkaman dan kawalan kestabilan elektronik, bantuan mula mendaki, bantuan daya brek, dan juga tiga mod pemanduan tersedia iaitu Normal, Eco dan Sport. 
 


Antara opsyen enjin yang ditawarkan pada Seltos ialah enjin 1.6 liter turbo (175 kuasa kuda) dan juga enjin aspirasi natural 2.0 liter (147 kuasa kuda). 

Enjin diesel 1.6 liter juga turut ditawarkan dengan kuasa sekitar 134 hp dan ketiga-tiga enjin ini tadi digandingkan dengan transmisi enam atau tujuh kelajuan automatik, dan transmisi CVT.

 


Produksi Kia Seltos akan bermula tidak lama lagi di kilang Anantapur, Andhra Pradesh India dan juga di Korea. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak sampai sebulan berita berkenaan crossover kecil terbaharu daripada Kia diwar-warkan di…