Kia Seltos kini di AS, SUV segmen B dengan nadi 1.6 turbo 175 hp

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dunia SUV kini dimeriahkan dengan tawaran baharu Kia Seltos yang diperkenalkan di Amerika Syarikat. SUV segmen B (atau BC) itu pertama kali diperkenalkan di India pada Jun lalu. Di Amerika Syarikat, Seltos diposisikan di antara Soul dan Sportage.

Jika ada yang perasan, Kia sebenarnya mempunyai sebuah lagi SUV kecil iaitu Stonic. Dari segi saiz, Stonic hanya kecil sedikit berbanding Seltos dan ia lebih tertumpu kepada pasaran Eropah.

Jika dibuat perbandingan di antara Honda HR-V, Seltos besar sedikit dalam kesemua ukuran jarak roda, panjang, lebar dan tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Seltos

 

Satu lagi perbezaan di antara SUV satu segmen ialah Seltos tampil tersendiri dengan gayaan rugged ala 4x4 sejati dan berlawanan dengan trend funky dan urban. Kia sendiri memperakui Seltos direka untuk kegunaan harian dan juga pengembaraan pada hujung minggu.

Memandangkan Seltos sebuah SUV kembara, adalah penting untuk mempunyai sistem pacuan berpadanan. Kia menawarkan pacuan semua roda (AWD) dengan teknologi torque vectoring control dan lock mode bagi menghadapi permukaan jalan yang mencabar.

Buat pengguna yang mahukan sesuatu lebih ringkas, Kia masih lagi menawarkan sistem pacuan dua roda depan. Model 2WD menggunakan torsion beam manakala model 4WD diberikan suspensi multi-link pada bahagian belakang.

 

Kia Seltos

 

Untuk enjin, Seltos ditawarkan dengan dua pilihan iaitu 1.6L T-GDI (turbo) berkuasa 175 hp dan 264 Nm yang dipadankan bersama transmisi tujuh kelajuan berkembar. Ada tiga mod pemanduan iaitu Normal, Eco dan Sport.

Satu lagi pilihan iaitu 2.0L berkuasa 146 hp dan tork 179 Nm. Enjin aspirasi normal itu dipadankan bersama transmisi CVT.

Dari segi keselamatan, Seltos ditawarkan dengan begitu banyak teknologi di bawah Kia Drive Wise seperti Blind Spot Collision Warning (BCW), Blind Spot Collision Avoidance Assist (BCA), Driver Attention Warning (DAW), Highway Driving Assist (HDA), Lane Departure Warning System (LDWS), Smart Cruise Control with stop & go (SCC w/S&G) dan sebagainya.

 

Kia Seltos

 

Di pasaran Amerika Syarikat pengguna mempunyai lima varian untuk dipilih iaitu LX, EX, S 2.0L, S 1.6T dan SX. Berkenaan harga pula, Kia belum menyediakan harga rasmi kecuali varian LX AWD dan S FWD yang dijual di bawah USD$22,000 (RM91,641).

Andai kata dibawa masuk ke pasaran tempatan, Kia Seltos bakal bersaing dengan Proton X50, Honda HR-V, Toyota C-HR, Renault Captur, Mazda CX-3 dan CX-30.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…