Kia Seltos buat kemunculan pertama - pelancaran tidak lama lagi

oleh Mohamad Hanif|
Kali pertama Kia Malaysia membuat pendedahan awal berkenaan kemasukan SUV baharu adalah pada tahun lalu menerusi laman media sosial Facebook, dan tidak lama selepas itu, Kia Seltos membuat kemunculan rasmi baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menerusi satu acara sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Kia Malaysia, syarikat tersebut memperlihatkan model crossover menandakan pelancaran rasmi yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

 


Model yang dipamerkan berkemungkinan besar merupakan varian GT Line berdasarkan kehadiran logo GT pada bahagian bawah stereng jenis bawah rata tersebut, serta bahagian tempat duduk. 

Selain daripada ciri standard seperti lampu utama LED, lampu belakang LED serta lampu kabus LED, Kia Seltos menerima ciri yang lebih moden seperti skrin sentuh infotainmen bersaiz 8 inci, sistem pendingin hawa automatik, serta paparan kluster instrumen 7 inci. 
 


Dari segi penawaran enjin, Kia Seltos pasaran India menerima opsyen enjin aspirasi natural 1.5 liter (115 PS/144 Nm), enjin turbo 1.4 liter (140 PS/242 Nm) serta penawaran enjin diesel 1.5 liter (115 PS/250 Nm). 

Kia Seltos pasaran Amerika Syarikat pula menerima varian enjin yang lebih besar, iaitu 2.0 liter aspirasi natural (149 PS/179 Nm) serta enjin turbo T-GDI (177 PS/264 Nm).
 


Untuk pasaran Malaysia, Kia Malaysia masih lagi merahsiakan informasi berkenaan Kia Seltos ini, namun difahamkan pelancaran rasmi akan berlangsung paling awal pada bulan hadapan.

Untuk SUV segmen B, Kia Seltos bakal bersaing secara terus dengan Renault Captur, Honda HR-V, Mazda CX-3, Nissan Kicks, serta Proton X50.

Baca: D55L, X50, Kicks, Seltos, CX-3 & HR-V - Yang Mana Satu Best?

Sumber: Kia Seri Kembangan 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Daripada jumlah tersebut, model paling laris ialah Sportage dengan jumlah 452,068 unit! …
Berita Global
Setelah beberapa tahun di pasaran global, Kia akhirnya mendedahkan kemaskini berbentuk facelift…
Berita Global
Disebabkan permintaan yang kian meningkat, Hyundai baru-baru ini menawarkan sebuah SUV tiga baris…