Kia Seltos bakal muncul di pasaran Malaysia?

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, Kia Malaysia tidak lagi berselindung sempena tahun baharu ini apabila dalam satu hantaran di laman Facebook mereka memaparkan sebuah imej SUV yang bakal dilancarkan pada tahun ini.
Modenas

Imej SUV tersebut tidak lain dan tidak bukan merupakan sebuah Kia Seltos dan bakal bersaing dengan model-model di dalam segmennya seperti Honda HR-V, Mazda CX-3, Renault Captur dan Nissan Kicks. 

Diperkenalkan pada pertengahan tahun lalu di pasaran India, Kia Seltos merupakan crossover kompak global dan membawakan elemen yang diperlihatkan pada model SP Concept. 
 


Antara ciri yang dibawakan termasuklah lampu utama dan belakang menggunakan LED sepenuhnya, lampu kabus LED, serta penampilan gril lebar hidung harimau yang menjadi identiti Kia. 

Crossover aras mula mampu milik dari Kia ini turut menawarkan ruang kabin yang lebih luas, lebih selesa dan dikatakan memiliki keluasan dan tahap versatiliti yang terbaik di dalam kelasnya. 
 


Ia diteruskan dengan ciri teknologi terkini seperti paparan skrin bersaiz 10.25 inci di tengah, sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay serta sistem audio keliling Bose dengan lapan pembesar suara. 

Ciri keselamatan pula cukup lengkap untuk sebuah SUV aras mula seperti amaran penukaran laluan, kawalan pelayaran pintar dengan fungsi berhenti mula, serta bantuan pra-pelanggaran hadapan. 
 


Dari segi kuasa, Kia Seltos versi India ditawarkan dalam tiga pilihan enjin iaitu:

  • 1.5 liter NA 113 hp/144 Nm
  • 1.4 liter turbo 138 hp/242 Nm
  • 1.5 liter diesel 113 hp/250 Nm

Manakala Kia Seltos yang dijual di pasaran Amerika Syarikat didatangkan dengan dua pilihan enjin petrol iaitu 2.0 liter asprasi natural (146 hp/179 Nm) dan enjin 1.6 liter T-GDI (175 hp/264 Nm). 
 


Sudah pasti pasaran crossover segmen B akan menjadi lebih meriah dengan kehadiran Kia Seltos, dan pokok pangkalnya, adakah para peminat Kia akan tertarik dengan penawaran terbaharu dari Kia Malaysia ini? 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Serentak dengan itu, pihak Naza Kia juga turut membuka tempahan bagi rakyat Malaysia yang berminat…
Berita Domestik
Setelah beberapa bulan, spesifikasi Kia Seltos akhirnya didedahkan menerusi paparan di laman web…
Berita Domestik
Menerusi satu acara sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Kia Malaysia, syarikat tersebut…