Kia Seltos 2020 - varian EX & GT-Line, tempahan kini dibuka!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa bulan membuat kemunculan, spesifikasi penuh SUV segmen B terbaharu dari Naza Kia Malaysia, Kia Seltos akhirnya didedahkan secara rasmi.
Modenas

Serentak dengan itu, pihak Naza Kia juga turut membuka tempahan bagi rakyat Malaysia yang berminat dengan dua varian utama ditawarkan, iaitu 1.6 EX dan 1.6 GT-Line.

Dari segi kuasa, kedua-dua varian didatangkan dengan nadi 1.6 liter empat silinder sebaris Gamma MPI yang menghasilkan 123 PS/151 Nm yang memacu roda hadapan menerusi transmisi automatik enam kelajuan.

 


SUV ini memiliki dimensi 4,315 mm panjang, 1,800 mm lebar, 1.645 mm tinggi dengan jarak antara roda sekitar 2,610 mm, di mana ruang kargo pula adalah sebesar 433 liter dan mampu dipertingkatkan kepada 900 liter dengan tempat duduk baris kedua dilipat.

Berikut merupakan kelengkapan standard yang ditawarkan untuk kedua-dua varian:
 

1.6 EX


-lampu utama projektor halogen
-lampu kabus halogen
-lampu belakang jenis mentol
-kemasan tailgate satin silver
-rim 17 inci dibaluti tayar 215/60
-tempat duduk balutan kulit
-sistem kawalan iklim manual
-sistem infotainmen 8 inci
-Apple CarPlay dan Android Auto
-roda stereng balutan kulit
-enam pembesar suara dengan sistem pencahayaan Sound Mood
-paparan info 3.5 inci

 

1.6 GT-Line (tambahan kepada spesifikasi di atas)

 


-lampu utama LED penuh, dengan lampu DRL tambahan pada gril
-lampu kabus LED dengan posisi menegak
-lampu belakang LED
-kemasan krom pada gril
-pemegang pintu berwarna krom
-hiasan merah pada bumper, sisi, rim, bumper belakang
-bumper depan dan belakang lebih sporti
-roda aloi 17 inci jenis Y-spoke dua tona
-fungsi aliran udara pada tempat duduk hadapan
-sistem pendingin hawa automatik dua zon
-jahitan merah dan lencana GT-Line
-paparan info 7.0 inci
-slot pengecasan nirwayar
-pedal kaki aloi

 


Ciri keselamatan yang didatangkan adalah standard seperti enam buah beg udara, cagak ISOFIX, ABS, EBD, kawalan kestabilan elektronik, kawalan cengkaman, bantuan mula mendaki, cruise control serta kamera undur, serta tambahan penderia parkir hadapan dan paparan head-up untuk varian GT-Line.

Terdapat empat warna yang boleh dipilih bermula dari Glacier White Pearl, Gravity Grey, Intense Red (untuk varian EX) dan Intelligency Blue (untuk varian GT-Line).

 


Setakat ini, tiada sebarang harga jualan didedahkan, namun pihak Naza Kia Malaysia telah pun membuka tempahan menerusi beberapa pusat pameran yang terpilih di seluruh negara.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setelah beberapa bulan, spesifikasi Kia Seltos akhirnya didedahkan menerusi paparan di laman web…
Berita Domestik
Menerusi satu acara sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Kia Malaysia, syarikat tersebut…
Berita Domestik
Jadi, untuk menyenangkan kerja anda membanding dan membezakan model SUV yang bakal mendarat tidak…