Kia Sedona (Carnival) generasi baharu dikesan

oleh Mohamad Hanif|
Sedar tak sedar, Kia Sedona (Kia Carnival di sesetengah pasaran) sudah pun berada di generasi ketiga dan kini semakin hampir ke penghujung hayat kitaran model.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun di Amerika Syarikat, Kia Sedona baharu sahaja menerima kemaskini spesifikasi untuk model tahun 2019, di Eropah timbul beberapa keping gambar intipan yang menunjukkan Kia sedang menguji generasi baharu MPV tersebut.
 


Selain membawakan pelekat samaran, Kia juga bijak menyembunyikan perubahan yang dibawakan pada model ujian yang dikesan di Eropah ini dan sekali imbas, Kia Sedona masih mengekalkan ciri kekotakan yang ada pada MPV terdahulu.

Namun, mata-mata yang tajam dapat melihat sedikit perubahan yang dibawakan pada lampu utama yang lebih tirus, dan rekaan gril hadapan yang sedikit tenggelam.

Jika dibandingkan dengan model terdahulu, rekaan cermin sisi telah dialihkan ke badan pintu manakala cermin segitiga dilihat membawakan dimensi yang lebih besar.
 


Manakala rekaan belakang pula disembunyikan sepenuhnya dari pandangan mata kasar.

Terdapat ura-ura Kia Sedona 2021 ini bakal menambah satu varian baharu iaitu opsyen pacuan semua roda mengikuti jejak langkah Toyota Sienna dan juga Chrysler Pacifica. 

Platform sedia ada tidak menyokong sistem pacuan semua roda, jadi Kia mungkin akan menggunakan platform baharu termasuklah sistem suspensi belakang yang direka semula untuk lebih keselesaan kepada penumpang.

 

Kia Carnival 2019

Tarikh pelancaran masih belum diketahui, namun pakar industri meramalkan ia bakal membuat kemunculan rasmi di Korea Selatan pada September ini atau seawal tahun hadapan. 


Sumber imej: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Kia, masalah ini dikatakan berpunca daripada perisian Smart Junction Box (SJB) yang tidak…
Berita Global
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi Kia Carnival di Korea Selatan, pengeluar…
Berita Global
Menurut laporan daripada Daum Net, Kia dikhabarkan memiliki perancangan untuk memperkenalkan Kia…