Kia rancang 14 EV baharu, termasuk dua trak pikap elektrik menjelang 2027

oleh Mohamad Hanif|
gambar sekadar hiasan
Kia mengumumkan pelan masa depan di mana pengeluar Korea Selatan itu bakal melancarkan sehingga 14 buah EV baharu menjelang tahun 2027.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, setiap tahun sekurang-kurangnya dua buah EV yang bakal diperkenalkan oleh Kia sehingga ke tahun 2027 untuk pasaran tertentu, dan daripada jumlah tersebut, ia turut merangkumi dua buah model trak pikap yang bakal muncul dengan lencana Kia.

Salah satu daripadanya bakal dibangunkan berdasarkan platform EV yang sebenar, manakala sebuah lagi trak pikap 'dikhususkan untuk pasaran membangun'.
 

Kia


Model konsep Kia EV9 yang diperlihatkan sebelum ini bakal memasuki fasa produksi menjelang tahun depan, di mana ia bakal membawakan ukuran sehingga lima meter panjang, pecutan 0-100 km/j dalam tempoh lima saat, serta jarak operasi sejauh 540 km untuk sekali cas penuh.

Dengan menggunakan platform E-GMP, Kia EV9 mampu menawarkan pengecasan pantas, di mana ia mampu bergerak sehingga 100 km untuk tempoh pengecasan selama enam minit.

Selain daripada itu, Kia EV9 versi produksi  juga bakal menyokong ciri moden seperti kemaskini over-the-air (OTA), langganan ciri tambahan Feature on Demand (FoD), serta model pertama yang dilengkapi dengan ciri bantuan pemandu termaju (ADAS) yang digelar sebagai AutoMode.
 

Kia


Dengan memperkukuhkan lagi penawaran EV, Kia menyasarkan jualan tahunan kenderaan elektrik berjumlah 1.2 juta unit menjelang tahun 2030 di mana sebilangan besarnya disumbangkan daripada pasaran penting seperti Amerika, Eropah, China, dan juga Korea Selatan.

Disebabkan pertambahan bilangan model EV, Kia juga turut meramalkan peningkatan permintaan terhadap bateri dari 13 GWh kepada 119 GWh menjelang tahun 2030.

Dalam usaha untuk mengukuhkan lagi bekalan bateri, Kia juga mahu mengurangkan kos pembuatan bateri sebanyak 40 peratus dalam tempoh lapan tahun akan datang, selain mencapai peningkatan ketumpatan tenaga bateri sebanyak 50 peratus.

Menjelang tahun 2030, Kia percaya mereka mampu menjual sebanyak empat juta unit kenderaan dengan menggandingkan jumlah jualan kenderaan konvensional dan kenderaan elektrik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…