"Kia Promise" - program lanjutan waranti global di 142 negara termasuk Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Kia Motors Corporation telah mengumumkan pelancaran "Kia Promise", program lanjutan waranti global yang dirangka untuk membantu pelanggan jenama itu yang terbatas pergerakannya akibat pandemik Covid-19.


Kia Promise disediakan di 142 buah negara (termasuk Malaysia) dan meliputi semua kenderaan di bawah jenama Kia yang masih dalam waranti tetapi akan tamat/berakhir di antara 1 Februari dan 30 April 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Dengan program ini, waranti kenderaan yang layak akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2020. Program ini dikatakan akan memberi manfaat kepada lebih daripada 500,000 pelanggan Kia di seluruh dunia.

 

“Matlamat kami adalah untuk membantu mengurangkan kebimbangan pelanggan kami mengenai penyelenggaran kenderaan semasa tempoh penjarakan sosial ini,” kata Sangdae Kim, Naib Presiden Kanan dan Ketua Bahagian Pengalaman Pelanggan Global Kia.

 

Kia Motors berkata bahawa syarikat akan sentiasa memantau perkembangan Covid-19 di negara-negara di mana ia menjalankan perniagaan. Ia juga telah mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mencegah penularan virus itu di fasilitinya menerusi kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.

 

 

kia promise

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di sebalik itu, apakah kayu ukur kejayaan sesebuah pengeluar dalam menawarkan EV kepada…
Informasi
  Di antaranya akibat dari konsolidasi industri pada tahun 80-an, Kia terpaksa menghentikan…
Model Terbaharu
Kia Sportage 2022 tidak kurang hebatnya apabila generasi baharu yang mula diperlihatkan ini tampil…