Kia Pregio V12 - idea gila daripada Australia

oleh Mohamad Hanif|
Kia Pregio merupakan sebuah van pacuan roda belakang yang diasaskan daripada Kia Bongo (yang diasaskan daripada Mazda Bongo).

Pregio didatangkan dengan enjin diesel 2.7 liter yang menghasilkan 82 hp dan 171 Nm daya kilas sebelum disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear manual lima kelajuan.
Kawasaki Legend Reborn

Mungkin van ini kurang popular sekiranya dibandingkan dengan pesaing seperti Nissan Urvan mahupun Toyota Hiace yang tahan lasak itu. 

Jadi, bagaimana untuk menjadikan Kia Pregio ini lain dari yang lain?

V12LS dari Australia ada jawapannya. 
 


Insan di sebalik V12LS tidak berfikir panjang untuk menjatuhkan hukuman buang negeri terhadap enjin asal Kia Pregio ini, dan terus menjalankan tugas-tugas fabrikasi bagi memuatkan sebuah enjin bentangan V12 untuk dimuatkan di bahagian tengah van. 

Ya, enjin V12!

Saksikan video di bawah yang menunjukkan bagaimana mereka mengubahsuai sebuah van lama menjadi sebuah mid-engine sleeper yang terbaik.
 


Jadi, jangan sesekali pandang hina kepada van sebegini. Mungkin suatu hari nanti, ia bakal membekalkan asap kepada saluran pernafasan anda. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Di Asia dan Eropah, F150 terlalu besar dari segi saiz dan dimensi - tidak sesuai untuk jalanraya…
Berita Global
Terbaharu, polis di Australia sedang mengadakan kempen sita dan denda untuk trak-trak pikap yang…
Gaya Hidup
Cuba kita lihat spesifikasi Hilux Drift itu. Kerangka space-frame dari tiub-tiub besi sebesar 16mm…