Kia Picanto generasi ke-3 bakal dilancarkan

oleh SALINA JALIL|
Naza Kia Malaysia akan memperkenalkan kenderaan A-segmen bukan nasional, Kia Picanto dalam masa terdekat ini. Kia Picanto generasi ketiga ini menjanjikan kereta paling serba boleh di kelasnya dengan reka bentuk futuristik, peningkatan tahap keselamatan dan prestasi yang lebih baik dengan ciri-ciri tambah nilai teknologi terkini untuk memenuhi citarasa generasi milenium.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kia dikenali sebagai sebuah jenama yang mementingkan ciri-ciri keselamatan dan Kia Picanto baharu ini mempunyai dua kali ganda Advanced High Strength Steel (AHSS) berbanding dengan model terdahulu. Kia Picanto baharu ini juga didatangkan enam beg udara. Selain itu ia mempunyai skrin sentuh berukuran 7.0 inci yang boleh dihubungkan untuk menikmati muzik atau panggilan dan mesej serta sistem navigasi perjalanan.

Ruang boot juga dijanjikan lebih besar dari Picanto generasi ke-2 dengan keluasan sebanyak 1,010 liter sekiranya kerusi barisan kedua dilipat (60/40).

 

picanto 1

 

Model Kia Picanto baharu ini akan berada di pasaran pada 10 Januari 2018 dan boleh didapati di bilik pameran Kia terpilih di Semenanjung Malaysia. Bagi peminat Kia di Sabah dan Sarawak, Kia Picanto baharu ini akan berada di pasaran pada bulan hadapan.

Kepada yang berminat, sila kunjungi Kia Roadshow Tour yang bertempat di Highstreet, One Utama dari 10 sehingga 12 Januari 2018.

Sama-sama kita nanti harganya pada 10hb ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Panggilan telefon yang kami terima ialah dari syarikat Bermaz dan mereka mahu informasi berkaitan…
Hezeri Samsuri
Ramai menghela nafas lega kerana veteran industri automotif, Datuk Ben Yeoh pastinya akan membawa…
Berita Domestik
  Pusat 3S ini telah dirasmikan pada tahun 2011, diikuti dengan Red Cube Johor Bahru dan pada…