Kia, Peugeot, Ducati dan Vespa tawar promosi sempena Raya!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak lama lagi, Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang dan Naza Automotive Group kini memberikan tawaran eksklusif sepanjang bulan Ramadan sehingga akhir bulan Jun untuk jenama-jenama yang bernaung di bawah mereka. 

 

Cuti-Cuti Kia


Naza Kia Malaysia ingin memberikan penghargaan kepada pelanggan mereka dengan pakej percutian bernilai sehingga RM10,000.

Dengan pemilikan mana sahaja lokasi yang ditentukan, apa yang perlu dibuat hanyalah dengan membeli model-model Kia yang terpilih bersempena promosi Cuti-Cuti Kia Raya. 

Bagi pelanggan yang memandu uji sebarang model Kia sehingga 30 Mei ini, ada hadiah istimewa menanti anda. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kia.com/my/main.html

 

Peugeot Raya Drive


Peugeot Malaysia melancarkan kempen Peugeot Raya Drive dan menawarkan penjimatan sehingga RM18,000 untuk model-model terpilih seperti Peugeot 208 PureTech, dan Peugeot 5008 SUV yang turut datang dengan servis percuma tiga tahun. 

Manakala Peugeot 3008 SUV pula hadir dengan jaminan lima tahun, tiga tahun servis percuma dan perlindungan insurans selama satu tahun percuma. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.peugeot.com.my/

 

Kempen Desmo Raya 2019


Ducati juga tidak turut ketinggalan melancarkan beberapa tawaran istimewa kepada para peminat jenama dua roda dari Itali ini. 

Dengan pakej Ducati Service Balik Kampung, pemilik boleh menikmati penjimatan sehingga 25% untuk Pakej Desmo Service dan 30% untuk alat ganti, selain tambahan pemeriksaan 20 mata dan barangan cenderahati apabila anda membelanjakan minimum RM250.00.

Menerusi peraduan Post and Win, peserta juga berpeluang untuk memenangi pakej DRE Bike Travel bernilai RM1,000. 

Untuk pembelian model terpilih seperti Panigale V4S, Monster 821, barisan Scrambler 800cc dan 1,100cc, anda akan menerima Program Ducati Smart Service dan sesi tunggangan Ducati termasuklah DRE Racetrack Academy, baucer Ducati Riding Grar, pakej DRE Bike Travel Scrambler, serta baucer Ducati Racing and Scrambler Apparel.

Sila layari laman rasmi Facebook Ducati Malaysia atau dengan mengunjungi mana-mana outlet rasmi Ducati. 

 

Vespa Raya Promo 2019


Jenama gaya hidup ini menawarkan barangan aksesori Vespa percuam bernilai RM4,000 untuk setiap pembelian Vespa GTS 300 Super Sport bersempena musim perayaan tahun ini. 

Aksesori yang dimaksudkan termasuklah Top Box, pad perehat belakang, smoked fly screen, pengangkut belakang krom serta pelindung transmisi aluminium. 

Layari https://www.vespa.com/my/_EN

 

Gaya Raya Promo 2019 @ Naza Automall


Naza Motor Trading Sdn Bhd menawarkan pelbagai promosi hebat dengan seleksi pemilihan kenderaan yang meluas dibawah satu bumbung Naza Automall, Petaling Jaya. 

Bermula sekarang sehingga 5 Jun 2019, singgah ke pusat pameran terbesar di Malaysia untuk mendapatkan sendiri promosi hari raya dari Naza Automall. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelanggan yang membeli minimum dua hingga empat unit model tayar Kereta Penumpang, SUV, atau Trak…
Berita Domestik
Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear…
Berita Domestik
Bertemakan perayaan, filem pertama myTukar yang bertajuk ‘Dipandu Rindu’ itu menonjolkan…