Kia perlihat logo dan slogan baharu "Movement that Inspires"

oleh Mohamad Hanif|
Di bawah Plan Shift (Plan S) yang diumumkan oleh CEO Global Kia, Ho Sung Song, jenama automotif Korea itu akan mula menggunakan logo baharu yang lebih minimalis, sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula pada Januari 2021.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Selari dengan langkah tersebut, Kia juga dikatakan akan menggantikan slogan lama "Power to Surprise" kepada slogan baharu "Movement that Inspires" berdasarkan pendaftaran yang dikesan di Korea Intellectual Property Rights Information Service (KIPRIS) bulan lalu.

Walaupun Plan S banyak memfokuskan kepada kenderaan elektrik, model kereta pertama yang akan menggunakan logo baharu itu merupakan Kia K7 (atau Kia Cadenza di pasaran Amerika Syarikat).

 


Sedan bersaiz penuh itu difahamkan akan dijenamakan semula sebagai Kia K8, memberikan isyarat sedan generasi baharu itu akan menjadi sebuah model yang lebih premium berbanding generasi terdahulu.

Menurut laporan, Kia akan mula menerima tempahan sedan Kia K8 tersebut di Korea Selatan seawal pertengahan bulan Februari 2021.

Plan S yang dilancarkan sebelum ini bertujuan untuk menjadikan jenama Kia "lebih dinamik, bergaya dan inovatif" dan pelancaran rasmi Kia K8 pada  bulan hadapan disifatkan oleh Ho Sung Song sebagai 'pelancaran semula jenama Kia'.

Sumber: The Korean Car Blog

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…