Masalah ini boleh mengakibatkan sedan pacuan roda belakang itu kehilangan kuasa semasa berada di atas lebuh raya, sekaligus meningkatkan risiko kemalangan.
Menurut laporan, kesemua unit Stinger itu dilengkapi dengan enjin Theta II 2.0 liter yang dibina antara 29 September 2017 hingga 20 Januari 2021.

Masalah itu mula dikesan pada Mei 2023, di mana Kia menyedari terdapat sebilangan besar tuntutan penggantian komponen melibatkan pam bahan api bertekanan tinggi kereta tersebut.
Setelah beberapa ujian dibuat, Kia memutuskan masalah tersebut datangnya daripada jajaran pelocok injap kawalan bahan api yang tidak tepat dan boleh menyebabkan kehausan yang tidak sekata.

Lama kelamaan, ia mampu mengakibatkan tekanan yang berlebihan pada pam, dan menyebabkan campuran bahan api-udara yang terlalu tinggi yang boleh menghalang enjin daripada beroperasi dengan betul.
Setakat ini, terdapat 80 buah sedan Stinger yang mempunyai pam bahan api yang bermasalah, dan Kia menjangkakan ia akan menjejaskan satu peratus daripada keseluruhan 18,000 Stinger yang terlibat di dalam kempen panggil semula ini.