Kia Optima 2020 dijelmakan sebagai wagon. Cantik!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2020 mungkin bakal menjadi laluan yang getir buat sesetengah pengeluar, apatah lagi pasaran segmen yang suatu ketika dahulu besar kini mengecil seperti segmen sedan saiz pertengahan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Samalah juga halnya dengan Kia, apabila mereka kini mengesahkan bahawa Kia Optima generasi baharu (juga disebut Kia K5) tidak akan memasuki pasaran Eropah (ketika artikel ini ditulis).

Namun, ia tidak menghalang kita daripada menikmati gambar model imaginasi pemanipulasi imej seperti yang dibawakan oleh Kolesa.ru dari Russia ini. 

Menggunakan sedan Kia Optima generasi baharu, mereka menggambarkan bagaimana rupa bentuk sekiranya Kia masih lagi menawarkan bentuk wagon/estate seperti model terdahulu (Kia Optima Sportswagon dan Proceed Shooting Brake).

Sekali imbas, Kia Optima lebih sesuai untuk digayakan dalam bentuk station wagon berbanding bentuk fastback.
 


Realiti pasaran Eropah tidak menyebelahi Kia, apabila mereka sekadar menjual kira-kira 10,000 unit Optima, jika dibandingkan dengan pesaing segmen D lain seperti VW Passat (90,000 unit) dan Skoda Superb (52,000 unit).