Kia Niro PHEV 2023 - jarak gerak sifar emisi 65 km, tiada gear undur!

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun lalu, Kia telah mendedahkan spesifikasi bagi model Kia Niro Hybrid 2023, dan kali ini pengeluar Korea Selatan itu mendedahkan lebih banyak butiran berhubung dua lagi model Niro, iaitu Niro PHEV (plug-in hybrid) dan juga Niro EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kia Niro PHEV masih lagi mengekalkan nadi 1.6 liter yang sama boleh didapati pada model Niro HEV, namun ia dipadankan dengan sistem transmisi klac berkembar enam nisbah kelajuan.

Kotak gear baharu itu kini 2.3 kg lebih ringan disebabkan ketiadaan gear undur. Untuk mengundurkan crossover ini, anda memerlukan tenaga daripada motor elektrik semata-mata.
 

Niro


Selain itu, Kia Niro PHEV menggunakan motor elektrik yang jauh lebih berkuasa (83 hp) berbanding unit 42.9 hp yang terdapat pada model HEV, dengan angka output keseluruhan sekitar 180 hp.

Pek bateri pula berkapasiti 11.1 kWh (berbanding 8.9 kWh pada model terdahulu) yang membolehkan jarak pemanduan elektrik sejauh 65 km mengikut data WLTP.

Versi elektrik sepenuh masa Kia Niro EV pula didatangkan dengan unit pacuan berkuasa 201 hp dan 255 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j sepantas 7.8 saat dan kelajuan tertinggi 167 km/j.
 

Niro EV


Pek bateri berkapasiti 64.8 kWh pula memberikan jarak operasi sejauh 463 km untuk sekali cas penuh (data WLTP), sementara pengecasan pantas DC pula membolehkan anda mengecas selama 43 minit dari 10 hingga 80 peratus kapasiti bateri.

Kia Niro EV juga turut menyokong sistem pengecasan dua arah, namun dengan keupayaan sehingga 3 kWh sahaja.

Dari segi praktikaliti, Kia Niro EV menawarkan ruang kargo hadapan dengan muatan 20 liter, diikuti ruang kargo belakang sebesar 475 liter atau 24 liter lebih besar berbanding model terdahulu.
 

Niro EV


Sebagai perbandingan, Kia Niro HEV mempunyai ruang kargo sebesar 451 liter, dan versi PHEV lebih kecil, sekitar 348 liter sahaja.

Baca: Kia Niro HEV 2023

Baca: Kia lancar Niro generasi baharu