Kia Niro lulus ujian pengelakan rusa km77.com

oleh Mohamad Hanif|
Kia Niro generasi kedua bukanlah sebuah crossover yang paling sporti di dalam segmennya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Atas kertas, prestasinya juga biasa-biasa. Versi hibrid (HEV) didatangkan dengan enjin 1.6 liter yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar DCT, dengan angka output keseluruhan 139 hp dan 265 Nm.

Namun, di dalam ujian pengendalian, kuasa bukanlah segalanya.

Amat mengejutkan apabila Kia Niro HEV yang diuji kali ini lulus cemerlang di dalam ujian pengelakan rusa yang dijalankan oleh km77.com.

 


Menurut km77, Kia Niro HEV berjaya mencatatkan kelajuan setinggi 81 km/j. Pemandu uji juga turut menjelaskan crossover itu mempunyai reaksi yang boleh dijangka, intervensi kawalan kestabilan kenderaan yang tidak mengganggu aspek pemanduan selain menunjukkan olengan badan yang terkawal.

Untuk makluman, Kia Niro merupakan antara model baharu Kia yang bakal dibawa masuk secara rasmi oleh Dinamikjaya Motors pada tahun 2023.

Ia bukan sahaja hadir dalam versi hibrid dan plug-in hybrid, pembeli juga boleh menjangkakan ketibaan versi elektrik sepenuhnya (EV) pada tahun depan.

Selain Kia Niro, Dinamikjaya bakal melancarkan dua lagi model, iaitu Kia Sorento 2023 dan Kia Sportage 2023.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan penghujung tahun 2021, Kia Malaysia merancang untuk…
Berita Global
Generasi pertama telah pun wujud sejak tahun 2016 untuk pasaran tertentu seperti Amerika Syarikat…