Kia Niro EV mampu pergi 450 km sekali cas!

oleh Mohamad Hanif|
Kia telah mengumumkan varian terbaharu bagi crossover kompak hibrid Niro, yang mana kini dipacu menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya, digelar Kia Niro EV.

Kawasaki Legend Reborn

Sama seperti model hibrid yang dijual dipasaran, Kia Niro EV tidak mengalami perubahan luaran yang ketara, melainkan penampakan gril 'palsu' yang menjadi identiti kenderaan elektrik masa kini. 
 


Ketika menayangkan model konsep Kia Niro EV di CES 2018 baru-baru ini, Kia mendakwa Niro EV mempunyai jarak perjalanan sejauh 380 km dengan hanya sekali cas penuh. 

Pengumuman terbaharu ini menjadikan jarak perjalanan yang lebih jauh dicapai (450 km) dengan penggunaan pek bateri berkuasa 64 kWh, dan pilihan pek bateri berkuasa 39.2 kWh mampu memberikan jarak perjalanan yang lebih pendek (380 km).

Tiada sebarang spesifikasi lanjutan diberikan oleh Kia buat masa ini dan Kia Niro EV ini dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada Paris Auto Show penghujung tahun ini. 

Sumber: Autoblog

Tags

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Kia K3 GT (lebih dikenali dengan nama Forte, Cerato) mempertaruhkan prestasi kuasa nadi turbo dan…
Berita Domestik
Careta diberitahu mengenai perkara setelah mengajukan soalan dari Kelab Pemilik KianGrand Carnival…
Berita Global
  Walaupun jualan Kia tidak sebesar jenama antarabangsa lain namun Naza Kia selalu ke hadapan…