Kia mahu lancar kenderaan tentera berkuasa hidrogen

oleh Mohamad Hanif|
Sementara Hyundai mahu memfokuskan penggunaan bahan api hidrogen untuk kegunaan massa serta industri komersial, Kia pula mahu menumpukan perhatian terhadap pembangunan kenderaan kegunaan tentera berkuasa hidrogen.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada The Korean Blog, Kia akan memperkenalkan kereta penumpang berkuasa hidrogen pertama mereka pada tahun 2028, setelah menggunakan teknologi tersebut di dalam kenderaan tentera.

Hal ini disebutkan sendiri oleh Presiden dan CEO Kia Motors, Song Ho-Sung ketika acara 'Hydrogen Mobility Show' baru-baru ini, di mana beliau turut mendedahkan kereta pertama Kia berkuasa hidrogen adalah sebuah kenderaan pelbagai guna (sama ada SUV atau MPV).

Kia tidaklah semata-mata menumpukan perhatian kepada kenderaan tentera berkuasa hidrogen, malah mereka juga turut memperluaskan penggunaannya pada unit penjana kuasa kecemasan.

Untuk misi ketenteraan, penggunaan kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV) adalah lebih sesuai berbanding kenderaan elektrik bateri (BEV) disebabkan masa pengisian yang lebih singkat.

Kia juga merancang untuk menggantikan unit bekalan kuasa sedia ada yang menggunakan diesel, bateri dan sebagainya kepada solusi hidrogen yang lebih pantas, cekap dan bebas emisi.

Sumber: The Korean Blog

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…