Kia lancar generasi baharu SUV Niro 2023 - pilihan varian hibrid, PHEV atau EV

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Kia Sportage, Kia turut menawarkan sebuah lagi produk SUV dalam segmen C yang lebih memfokuskan kepada elektrifikasi trenkuasa - Kia Niro.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Generasi pertama telah pun wujud sejak tahun 2016 untuk pasaran tertentu seperti Amerika Syarikat dan Eropah, dan kini Kia telah pun melancarkan generasi terbaharu SUV tersebut bertempat di Seoul Mobility Show 2021.

Dari segi rekaan, Kia Niro 2023 banyak membawakan rujukan daripada model konsep HabaNiro 2019, selain membawakan falsafah rekaan 'Opposites United' yang mengambil inspirasi daripada alam sekitar.
 

Kia


Konsep ini boleh dilihat menerusi pemilihan warna, bahan, dan kemasan yang bertujuan untuk mencipta keseimbangan rupa berteras masa depan dan tanggungjawab kepada alam sekitar.

Kia Niro 2023 masih lagi cuba untuk mengekalkan identiti muka harimau, namun dengan pendekatan yang lebih radikal, terima kasih kepada rekaan lampu dan DRL yang tajam.

Di bahagian sisi, Kia cuba menerapkan rekaan yang lebih berani menerusi tiang C berwarna kontras, diikuti dengan lampu belakang LED menegak yang duduk di bahagian tiang itu tadi.
 

KIa


Kemasan ruang kabin turut menerapkan pendekatan berorientasikan pemandu, di mana skrin paparan yang super lebar itu telah dihalakan ke arah pemandu, sementara konsol tengah menempatkan tombol rotari penukaran gear.

Bertepatan dengan pendekatan Opposites United itu tadi, Kia telah memilih bahan seperti kertas kitar semula untuk alas bumbung, bahan Bio PU with Tencel (daripada dedaun eucalypts) untuk tempat duduk, diikuti dengan penggunaan cat bebas bahan isomer benzin, toluene dan xylene.

Menerusi Kia Niro 2023, Kia telah memperkenalkan satu mod pemanduan baharu yang dinamakan sebagai Greenzone Drive Mode, di mana sistem akan mengenalpasti sesebuah lokasi yang dikategorikan sebagai zon hijau dan menukar mod pemanduan kepada mod elektrik sepenuhnya.

Selain daripada itu, teknologi ini juga turut mampu menyimpan memori lokasi kegemaran pemandu yang didaftarkan sebagai zon hijau di dalam sistem navigasi.
 

EV


Perincian berhubung trenkuasa masih lagi samar, namun Kia menyebut Niro baharu boleh didapati dalam versi elektrik hibrid (HEV), plug-in hybrid (PHEV) dan juga versi trenkuasa elektrik (EV) sepenuh masa.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Atas kertas, prestasinya juga biasa-biasa. Versi hibrid (HEV) didatangkan dengan enjin 1.6 liter…
Berita Global
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan penghujung tahun 2021, Kia Malaysia merancang untuk…