Kia K5 bikin aksi stunt 'terbang' berpusing 360 darjah!

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu cara untuk mempromosikan sesebuah model kenderaan adalah dengan melakukan aksi stunt - seperti melompat, drift, memandu keluar dari kontena treler dan sebagainya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Masih ingatkah anda gimik yang dilakukan oleh Proton Saga Knight ketika pengenalan model tersebut di tanah air suatu ketika dahulu?

Kia juga nampaknya memikirkan cara yang serupa bagi memperlihatkan keupayaan sedan segmen D Kia Optima (atau nama rasmi di US Kia K5).

Dalam satu percubaan yang dilakukan bersama 72nd Emmy Awards, Kia K5 tersebut dipandu menaiki tanjakan yang disediakan sebelum melakukan pusingan 360 darjah dan mendarat di atas sebuah lagi tanjakan.

 


Varian yang digunakan dalam video stunt tersebut merupakan Kia K5 GT yang merupakan varian tertinggi ditawarkan, menampilkan enjin 2.5 liter T-GDi yang menghasilkan 290 hp dan 422 Nm.

Dengan transmisi DCT klac basah lapan nisbah kelajuan, Kia K5 GT mampu memecut sepantas 5.8 saat dari 0-96 km/j.

Walaupun ia bukanlah sebuah sedan yang dibangunkan bercirikan prestasi, Kia K5 membawakan pakej rupa bentuk yang agak sporti, terima kasih kepada rekaan fastback yang dibawakannya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Malaysia, kita sudah biasa tentang berita Myvi yang sering terbang keluar dari habitat asal.…