Kia K5 baharu, guna enjin 2.5-liter T-GDi 290 ps dan 422 Nm

oleh Muhammad Md Tajudin|
Semasa Kia K5 (Optima) baharu dipertontonkan kali pertama pada November, tidak banyak maklumat yang dikongsi mengenainya. Apa yang jelas, K5 tampil dengan reka bentuk yang langsung berbeza daripada sebelumnya.

K5 tidak pula mengambil banyak daripada Stinger tetapi ia hadir dengan gayaan tersendiri dan arah reka bentuk baharu Kia. 

Tidak lagi dengan gayaan sedan penuh, K5 baharu dijelmakan dalam bentuk sedan fastback. Keputusan Kia untuk mengangkat sedan segmen D adalah suatu yang berani dalam masa trend dunia tertumpu kepada SUV.

K5 direka dengan kerjasama tiga studio reka bentuk Kia di Amerika Utara, Eropah dan Korea. Jika diperhatikan secara terperinci kelihatan adunan pengaruh Amerika Syarikat, Eropah dan Asia pada K5 ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kia K5

Setelah berkongsi maklumat umum, Kia baru sahaja memberikan spesifikasi K5 yang terperinci dan ia setanding dengan rekaannya yang hebat. 

Dari segi enjin, ada lima pilihan mengikut pasaran iaitu 1.6-liter T-GDi (180 ps, 265 Nm), 2.0-liter MPI (152 ps, 192 Nm), 2.0-liter CVVL (160 ps, 196 Nm) dan 2.5-liter GDi (194 ps, 246 Nm).

Pasaran Amerika Utara ditawarkan dengan enjin berkuasa tinggi 2.5-liter T-GDi (290 ps, 422 Nm). Daya pecutan dari 0 hingga 100 km/j untuk varian K5 GT ini mengambil masa 6.6 saat. 

Kesemua enjin ditawarkan dengan pilihan enam atau lapan kelajuan automatik manakala 2.5 T-GDi mempunyai pilihan transmisi klac berkembar (basah) lapan kelajuan.

 

Kia K5

 

Ada lima mod pemanduan Smart, Comfort, Eco, Sport dan Custom. Selain enjin konvensional, pilihan hibrid juga bakal ditawarkan kepada pengguna.

Bukan Kia jika spesifikasi tidak melimpah ruah, K5 dilengkapi teknoogi bantuan pemanduan canggih Advanced Driver Assistance Systems (ADAS).

Bergantung kepada spesifikasi pasaran, berikut ialah kelengkapan ADAS dan teknologi keselamatan lain:

  • Forward Collision-avoidance Assist (FCA), Blind-spot View Monitor (BVM) with Surround View Monitor (SVM) and Blind-spot Collision-avoid Assist (BCA), Smart Cruise Control (SCC) or navigation based SCC (NSCC), Lane Following Assist (LFA), Driver Attention Warning (DAW) and Highway Driving Assist (HDA)
  • Rear View Monitor (RVM) with Reverse Parking Collision-Avoidance Assist (PCA) dan Rear Cross-traffic Collision-avoidance Assist (RCCA)
  • Remote Smart Parking Assist (RSPA) - Fungsi canggih yang membolehkan pemandu mengarah kereta keluar dan masuk parkir (ke depan dan ke belakang) secara autonomi atau tanpa pemandu
Kia K5

Dengan tawaran yang canggih dan hebat ini bilakah pengguna tempatan akan dapat merasainya? Tunggu dulu, Kia memaklumkan K5 bakal dijual di pasaran global pada setengah tahun pertama 2020.

Berapakah pula harganya? Dengan spesifikasi begini, tidak dapat lari ia akan berada dalam segmen premium.

Walaupun tinggi, ia dinilai berbaloi dengan pakej yang ditawarkan. Apa pun kita tunggu andaikata K5 dibawa ke pasaran tempatan kelak.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pada bahagian sisi, K5 LXS diberi roda 16 inci manakala K5 EX dan GT-Line menggunakan saiz 18…
Berita Global
. Bahagian depan tampil garang dengan lampu nyalaan siang Star Map Signature Lighting yang…
Berita Global
  Sedan ini bersaing dengan Toyota Camry, Honda Accord, Nissan Altima, Subaru Legacy, Volkswagen…