Kia K5 2023, tambahan ciri baharu, enjin 1.6L dan 2.5L turbo

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia K5 2023
Kia K5 2023
Saiz pasaran kenderaan ringan (kereta penumpang, pikap dll) di Amerika Syarikat berada dalam lingkungan 15 juta setahun.

Belasan juta bermaksud potensi besar dan pelbagai model boleh dijual di AS dan sudah menjadi kebiasaan sesebuah pengeluar membangunkan model khusus untuk pasaran sana.

Di kala pengguna meminati kenderaan utiliti sukan (SUV), segmen kereta sedan kekal meriah dengan pelbagai tawaran di AS.

Di antara model yang menarik ialah Kia K5 (Optima) dan kini memasuki model tahun ketiga (MY2023). 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia K5 2023

 

Sedan ini bersaing dengan Toyota Camry, Honda Accord, Nissan Altima, Subaru Legacy, Volkswagen Passat dan pelbagai lagi.

Bagi model K5 2023, Kia mengekalkan resepi sama dengan reka bentuk menarik dari model 2022 dan beberapa perubahan kecil.

K5 2023 ditawarkan dalam empat varian utama berikut:

  • K5 LXS
  • K5 EX
  • K5 GT-Line 2WD dan AWD
  • K5 GT

Tentang enjin, ada dua pilihan yang ditawarkan iaitu 1.6L Smartstream T-GDI berkuasa 180 hp pada 5,500 rpm dan daya kilas 264 Nm dari 1,500 rpm - 4,500 rpm.

 

Kia K5 2023

 

Model 1.6L dipadan bersama transmisi automatik lapan kelajuan dan menariknya mempunyai pilihan pacuan roda depan atau semua roda, bergantung pada varian.

K5 GT pula satu-satunya varian yang menggunakan enjin 2.5L Smartstream dengan teknologi Gasoline Direct Injection (GDI) dan Multi-Port Injection (MPI).

Model ini berkuasa 290 hp pada 5,800 rpm dan daya kilas 421.6 Nm dari 1,650 rpm hingga 4,000 rpm.

Enjin yang lebih berkuasa itu dipadan dengan transmisi dua klac lapan kelajuan dan pilihan tunggal pacuan roda depan.

 

Kia K5 GT-Line AWD 2023

 

Dari segi kelengkapan, K5 GT-Line kini ditawarkan dengan Pakej Bumbung Panoramik.

Turut dilengkapi lampu dalaman LED, kemasan hitam kilat pada luar tiang B, cermin depan dan antena sirip ikan yu.

Stereng dengan pemanas kini standard untuk K5 GT-Line AWD. Cermin akustik pada tingkap depan dijadikan kelengkapan standard untuk K5 EX, GT-Line dan GT.

 

Kia K5 GT-Line AWD 2023

 

Bagi membantu pemandu, kesemua varian K5 dilengkapi teknologi berikut:

  • Amaran Perhatian Pemandu,
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta, Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang
  • Bantuan Pengelakan Pelanggaran Berdepan - Kenderaan/Pejalan Kaki dengan Bantuan Mengikuti Lorong 
  • Bantuan Pengekalan Lorong, Bantuan Mengikuti Lorong

 

Kia K5 2023

 

Akhir sekali berikut disenaraikan harga Kia K5 2023:

  • K5 LXS : $25,090 (RM112,503)
  • K5 GT-Line 2WD : $26,490 (RM118,781)
  • K5 GT-Line AWD : $28,190 (RM126,403)
  • K5 EX : $28,990 (RM129,991)
  • K5 GT : $31,490 (RM141,201)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia K5 2023