Kia K3 GT memperlihatkan rekaan ala-ala BMW Gran Turismo

oleh Mohamad Hanif|
Kia membuat kejutan dari Korea dengan mendedahkan beberapa imej rasmi Kia K3 GT yang dijadualkan bakal dilancarkan di sana bulan hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kia K3 GT (lebih dikenali dengan nama Forte, Cerato) mempertaruhkan prestasi kuasa nadi turbo dan seni reka bentuk yang diinspirasikan daripada BMW 6 Series Gran Turismo, menjadikannya salah satu poin jualan unik (USP) oleh Kia. 

Dari segi rupa luaran, bahagian hadapan masih mengekalkan muka K3 versi sedan dengan gril hadapan dikemaskan dengan elemen berwarna merah dan emblem GT. 

 


Menambahkan lagi imej sporty Kia K3 GT ini ialah penggunaan rim bersaiz 18 inci menghiasi keempat-empat ruang arca roda serta centre caps berwarna merah. 

Lampu belakang pula menampilkan rekaan unik lampu jenis LED ala-ala BMW yang tidak terdapat pada mana-mana model Ceed atau Sportwagon sebelum ini. 
 


Kia K3 dikuasakan oleh enjin 1.6 liter GDI turbo yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 204 PS serta tork maksimum 265 Nm, sebelum disalurkan kepada roda menerusi transmisi automatik klac berkembar tujuh nisbah kelajuan. 

Mungkinkah ini alternatif kepada mereka yang mahukan sebuah 6 Series pada harga yang lebih murah?
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…