Kia K3 2024 muncul di Mexico - sedan segmen B dengan elemen crossover

oleh Mohamad Hanif|
Kia K3 lazimnya digunakan sebagai nama alternatif kepada model sedan segmen C Kia Forte/Cerato untuk pasaran Korea Selatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, Kia memutuskan untuk menggunakan nama Kia K3 untuk sedan segmen B yang baharu sahaja dilancarkan di pasaran Mexico.

Sedan Kia K3 dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.6 liter yang mampu menghasilkan 121 hp, dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan atau automatik enam kelajuan.
 

Kia


Dari segi ukuran, Kia K3 membawakan dimensi sepanjang 4,545 mm, lebar 1,765 mm, tinggi 1,475 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,670 mm.

Perincian terhadap aspek gantungan tidak didedahkan, namun Kia menjelaskan aspek tersebut telah direka semula untuk keseimbangan kawalan dan keselesaan.  

Rekaan luaran sedan Kia K3 ini banyak mengingatkan kita kepada model Polestar 2, dengan elemen crossover seperti cladding plastik pada arka roda, jarak lega bumi yang sedikit tinggi, serta rekaan tingkap sisi.
 

Kia K3


Pendekatan Opposites United masih lagi digunakan pada sedan K3 ini, dengan garis bumbung ala fastback, jeriji hidung harimau yang lebih moden, serta unit lampu utama yang agresif.

Sementara di bahagian belakang menampilkan spoiler terbina, serta unit lampu belakang yang dihubungkan dengan jalur LED bercahaya.

Pembeli yang mahukan sedan yang lebih agresif boleh mendapatkan K3 GT-Line dengan enjin 2.0 liter berkuasa 150 hp yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, paddle shifter, bampar depan yang lebih garang, tip ekzos berkembar serta rim aloi bersaiz 17 inci.
 

K3


Ruang kabin pula membawakan susun atur yang minimalis, dimulakan dengan roda stereng yang diinspirasikan daripada EV6, panel skrin yang menggandingkan paparan kluster digital dan skrin infohibur 10.25 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Selain itu, terdapat juga kawalan iklim dua zon automatik, sistem pencahayaan ambien 64 warna, corong pendingin hawa untuk baris kedua, serta kehadiran slot pengecasan USB-C depan dan belakang.

Ciri keselamatan standard termasuklah enam beg udara, kawalan kestabilan elektronik, ABS, serta bantuan pemandu termaju termasuklah Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan, Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta, Bantuan Pengelakan Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang, dan Bantuan Pengekalan Lorong.
 

Kia


Menurut Kia, model sedan K3 2024 ini akan dibina di Nuevo Leon, Mexico dan bakal ditawarkan di pasaran terpilih menjelang suku keempat tahun ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih dikenali dengan nama Cerato atau K3 di sesetengah pasaran, Kia Forte 2022 boleh didapati…
Berita Global
  Secara peribadi, wajah depan Forte generasi ketiga kurang ekspresif berbanding generasi pertama…
Berita Global
Kia K3 GT (lebih dikenali dengan nama Forte, Cerato) mempertaruhkan prestasi kuasa nadi turbo dan…