Kia Grand Carnival - tidak perlu diesel Euro5

oleh HEZERI SAMSURI|
Kia Grand Carnival, MPV lapan tempat duduk saiz besar itu tidak memerlukan bahan api diesel Euro5 untuk enjinnya.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Careta diberitahu mengenai perkara setelah mengajukan soalan dari Kelab Pemilik KianGrand Carnival Malaysia kepada Naza Kia, pengedar rasmi jenama Korea itu.

Menurut sumber Careta, enjin diesel 2.2L CRDi yang diguna-pakai oleh Grand Carnival bagi pasaran Malaysia itu tidak dipasang dengan Diesel Particulate Filter (DPF) dan ia boleh menggunakan bahan api Euro 2M yang dijual di semua stesen minyak di dalam negara.

Walaubagaimanapun, sumber kami berkata penggunaan bahan api diesel Euro 5 digalakkan.

Ini juga bermakna waranti tidak akan terbatal jika diesel Euro 2M digunakan oleh pemilik. 

Isu ini timbul bila ramai pemilik tidak diberitahu oleh pusat jualan akan keperluan bahan api kenderaan tersebut dan stesen minyak yang menjual diesel Euro 5 masih lagi berkurangan di sesetengah negeri.

Contohnya, hanya ada dua stesen minyak yang menjual diesel Euro 5 di seluruh negeri Kelantan.

Penggunaan diesel untuk MPV besar sebenarnya ialah satu cara terbaik kerana ia menjimatkan penggunaan bahan api dan memberikan lebih tenaga untuk membawa penumpang yang ramai.

 

KGC boot

 

Kia Grand Carnival 2.2 CRDi mempunyai kuasa kuda setinggi 190 hp pada kelajuan enjin 3,800 RPM tetapi tork yang ditawarkan ialah pada 440 Nm dari serendah kelajuan enjin 1,750 RPM.

Pulangan penggunaan bahan api diesel Euro 5 dari ujian Careta selama lebih setahun pula mendapati Kia Grand Carnival ini memberikan 8.5L/100 km sehingga 9.5L/100 km untuk pemanduan dalam bandar dan 6.8L/100 km untuk pemanduan lebuhraya.

Harga Grand Carnival ini sudah mula dijual dari harga di bawah RM160,000 kerana promosi dan rebat yang diberikan. 

Ia mampu memuatkan lapan orang dewasa dan ruangan tempat barang adalah antara yang paling luas di dalam kategori MPV saiz besar seperti Toyota Alphard dan Vellfire.

Untuk laporan pandu uji, sila ke artikel di bawah:

http://careta.my/article/kia-grand-carnival-22d-kx-untuk-mereka-yang-arif-sahaja

http://careta.my/article/kia-grand-carnival-22-crdi-selepas-10000-km

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…