Kia Grand Carnival, tawar praktikaliti terbaik

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Baru-baru ini, Careta telah dijemput oleh Naza Kia Malaysia untuk memandu uji Kia Grand Carnival (MPV), kenderaan serba guna yang baharu dilancarkan di Malaysia pada Mac lalu. Perjalanan selama setengah hari dari Kuala Lumpur ke Janda Baik kami gunakan sebaik mungkin untuk menguji kenderaan ini. Persepsi pertama kami dari Careta  mengenai jentera ini, penawaran praktikaliti terbaik!

BKL_6107 copy

Jika keadaan keluarga anda memerlukan ruang dan kemudahan, mungkin pilihan yang terbaik adalah sebuah van. Walaubagaimanapun, mungkin ada segelintir dikalangan kita yang mahu kenderaan yang menawarkan ruang yang selesa dengan kombinasi penawaran pemanduan yang menyeronokkan melalui jalan berbukit dengan dinamik kestabilan dan pengendalian yang sempurna.

P1200231

Penawaran ruang kabin yang cukup luas dan selesa Apa yang pasti, Kia Grand carnival ini mempunyai ruang yang cukup luas buat seisi sekeluarga yang ingin mengembara jauh atau pulang ke kampung dengan keselesaan. Kami turut cuba untuk duduk di barisan kedua dan ketiga, memang selesa dan barisan ketiga masih selesa untuk orang dewasa. Jentera ini mampu memuatkan lapan orang dalam satu-satu masa, dan ruang kargo belakang masih cukup luas tanpa tempat duduk barisan ketiga dilipat. Lihat sahaja dua orang dewasa yang muat duduk di dalam tempat simpan barang belakang, tanpa tempat duduk barisan ketiga dilipat. [gallery columns="2" size="large" ids="27433,27432"]
  • Akses untuk masuk ke barisan yang ketiga juga lebih mudah dengan tempat tempat duduk barisan kedua boleh dilipat dalam nisbah 40:20:40, dan boleh ditolak ke hadapan untuk memudahkan penumpang memasuki barisan ketiga.
  • Memiliki ukuran 5,115 mm panjang, 3,060 mm bagi jarak roda, berketinggian 1,740 mm dan selebar 1,985 mm.
  • Ruang barangan di belakang berkapasiti 359 liter dan sekiranya tempat duduk barisan kedua serta ketigadilipat, ia mampu mencecah maksimum 960 liter.
  • [gallery columns="2" size="large" ids="27436,27434"]
Penawaran kuasa Selepas pandu uji sendiri MPV ini, apa yang kami dapati, ia ternyata bukan hanya sebuah MPV yang menawarkan ruang yang cukup luas dan selesa, malah penawaran kuasa juga tidak mengecewakan. Memandu MPV ini sangat menyeronokkan, tak terasa pun seperti memandu sebuah MPV.

P1200236

  • Kia Grand Karnival ini dikuasakan oleh enjin diesel Turbo R 2.2 CRDi yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 193PS dan tork 440Nm.
  •  dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik.
  • Suspensi depan menggunakan sistem MacPherson dan multi-link untuk roda belakang.
Pengendalian stereng rasa selesa dan meyakinkan, dengan keseimbangan yang baik. Kami juga mencuba dapatkan pecutan dari 0-100kmj, catatan yang diperoleh; 10.43 saat, cukup baik buat MPV dengan lapan tempat duduk.

   BKL_6611 copy

Sistem keselamatan premium Dilengkapi pelbagai sistem keselamatan seperti:
  • Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS), Brake Assist System (BAS), Hill-start Assist (HAC), Electronic Brake Force Distribution (EBD), ABS, enam beg udara dan ISOFIX.
Selain itu, jentera ini turut dilengkapi dengan pengesan parkir di bahagian depan dan belakang. Penawaran ruangan dalaman yang praktikal Menjengah pula kedalam kabin, anda bakal nikmati suasana yang menyenangkan serta tampak kemas dengan penggunaan material berkualiti tinggi dan teknologi terkini. Papan pemuka yang lebar direka ala kokpit kapal terbang dengan dua ruang penyimpanan barangan iaitu di bahagian atas dan bawah. [gallery columns="2" size="large" ids="27454,27455"]
  • skrin sentuh berwarna TFT LCD 4.3-inci bagi sistem hiburan
  • dilengkapi pintutailgate berkuasa pintar yang boleh dibuka secara automatik apabila didekatkan dengan kunci (bukaan secara manual bagi varian 2.2D, 2.2 CRDI KX)
  • kemasukan tanpa kunci (manual bagi varian asas)
  • rel bumbung (untuk varian tertinggi sahaja)
  • pintu gelungsur elektrik (manual untuk varian asas)
  • corong penyaman udara tiga zon automatik sepenuhnya di bahagian atas tempat duduk hadapan dan baris kedua
  • Butang “push start”
Rupa luaran lebih kontemporari

Jika dilihat dari segi luaran, Grand Carnival ini menampilkan wajah yang lebih kontemporari berbanding yang sebelumnya, dengan wajah depan didatangkan dengan gril ‘tiger nose’.P1200215

  • lampu utama projektor halogen yang dilengkapi lampu nyalaan siang LED dan lampu kabus.
  • cermin sisi elektrik dengan lampu isyarat LE) dan antena ‘sirip jerung’.
  • rim aloi 18-inci (Clear Silverbagi 2.2 CRDI KX, Machine Finieshed untuk 2.2 CRDI EX) dengan tayar 235/60.
  • lampu belakang yang lebih lebar dan permukaan logam luas memberikannya karektor yang lebih tegap
  • [gallery columns="2" size="large" ids="27445,27446"]
Secara ringkasnya, Kia Grand Carnival baharu ini sesuai buat anda yang ingin menikmati perjalanan bersama keluarga yang selesa. Apa yang terbaik adalah, bawa semua ahli keluarga anda ke bilik pameran, cuba dan nikmati sendiri ruangan dan keselesaan yang ditawarkan!

BKL_6205 copy (1)

MPV ini ditawarkan pada harga RM153,888 bagi varian asas (harga atas jalan termasuk insuran) . Varian 2.2 GRDI KX pula RM165,888 dan 2.2 GRDI EX, RM185,888. Ia turut didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan dan juga tertakluk di bawah skim ‘Value 5’ oleh Naza Kia. Penulis: Nurdiana Ismadi Gambar:Nurdiana Ismadi dan Naza Kia