Kia Forte GT 2020 - enjin 1.6 TGDI 201 hp dan transmisi manual 6 kelajuan!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak ramai yang tahu, Kia Forte (nama lainnya Kia Cerato) turut mempunyai varian prestasi bernadikan enjin turbo dan acah prestasi yang hadir dengan kit badan yang sporty. 

Ia diperkenalkan tahun lalu pada acara SEMA dan ditawarkan dalam dua varian, Kia Forte GT Line dan versi turbo Kia Forte GT. 
 


Kia Forte GT Line hanya membawakan kemasan luaran kit badan yang lebih sporty seperti elemen warna merah, perumah cermin sisi hitam berkilat, serta lampu membelok LED. 

Kemasan sporty ini diteruskan di ruang kabin menampilkan pedal sports aloi serta stereng jenis flat-bottom diakhiri dengan jahitan kontras berwarna putih. 

Kia Forte GT Line mengekalkan enjin standard 2.0 liter aspirasi natural menghasilkan 147 hp yang digandingkan dengan Intelligent Variable Transmission (IVT). 
 


Kia Forte GT pula tampil dengan kemasan yang lebih menarik serta didatangkan dengan enjin turbo 1.6 liter TGDI. 

Kuasa setinggi 201 hp dan daya kilas 246 Nm itu disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan (!) atau transmisi klac berkembar tujuh kelajuan. 

Kia turut menala kembali sistem gantungan bebas Forte GT ini termasuklah memasang sway bar dan brek cakera yang lebih besar bagi memberhentikan kereta ini tanpa menyebabkan pemandu berpeluh-peluh. 
 


Tayar 225/40 R18 Michelin Pilot Sport membaluti rim aloi bersaiz 18 inci pada keempat-empat sudut. 

Elemen sporty GT turut merangkumi penampilan jahitan kontras merah, lampu nyalaan suram LED, dash inlay berlampu, serta penggunaan kunci pintar. 

Kia menawarkan pakej tambahan GT1 dan GT2 yang terdiri daripada tingkap suria berkuasa, bantuan lampu overhead LED, sistem audio Harman Kardon 320 watt dengan lapan speaker, pengecas peranti nirwayar, skrin LCD 4.2 inci dan pendingin hawa dua zon. 
 


Pakej GT2 menambah aksesori seperti kerusi sport Sofino GT dengan pemanas terbina dalam serta tempat duduk pemandu boleh laras dengan 10 tetapan. 

Dari segi keselamatan penumpang, Kia Forte hadir dengan kelengkapan standard seperti:

  • Amaran Pelanggaran hadapan
  • Bantuan Elak Pelanggaran Hadapan
  • Amaran Keluar Laluan
  • Bantuan Kekal Laluan
  • Amaran Tumpuan Pemandu
     


Pakej GT1 menambah beberapa ciri keselamatan seperti:

  • Amaran Pelanggaran Titik Buta
  • Bantuan Tukar Laluan
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang

Pakej GT2 pula membawakan tambahan ciri Kawalan Pelayaran Pintar. 

Amat menarik jika pihak Naza Kia membawakan model Forte GT Line dan model turbo Forte GT untuk pasaran Malaysia sebagai satu cara untuk memeriahkan pasaran sedan yang dikuasai oleh rakan negara jiran Jepun.

Sumber: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih dikenali dengan nama Cerato atau K3 di sesetengah pasaran, Kia Forte 2022 boleh didapati…