Kia EV9 didedahkan - SUV EV 3 baris tempat duduk, model Kia paling besar, jarak gerak sehingga 541 km

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pengeluar jenama kereta dari Korea Selatan, Kia telah melebarkan lagi sayapnya dalam dalam penghasilan EV dengan memperkenalkan SUV EV baharu mereka iaitu Kia EV9.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV EV baharu dari Kia itu bakal menjadi model mereka yang paling besar dan mahal pernah dihasilkan, dan ianya merupakan salah satu dari 14 model EV baharu yang akan diperkenalkan oleh Kia secara global sepanjang 5 tahun akan datang.

Kia EV9 itu memiliki saiz yang lebih besar berbanding Kia Sorento dan Kia Telluride untuk pasaran US, Kia EV9 juga akan memiliki 3 baris tempat duduk dengan pilihan konfigurasi 6 dan 7 tempat duduk.

 

2

 

Sama seperti Kia EV6, Hyundai Ioniq 5 dan Ioniq 6, Kia EV9 juga akan menggunakan platform Electric-Global Modular Platform (E-GMP), hasil binaan oleh Hyundai Motor Group.

Buat masa ini, Kia masih belum mendedahkan spesifikasi penuh model tersebut, namun reka bentuknya dapat dilihat dengan jelas dan hampir menyamai rupa konsepnya yang dipamerkan di Los Angeles Auto Show pada tahun 2021.

 

3

 

Dari segi reka bentuk EV9, pereka Kia menggelarkan rupa hadapan nya sebagai "tiger face" dimana rekaannya tidak mempunyai sebarang jeriji seperti kereta konvensional.

Tentu sekali bagi meletakkan rekaan jeriji pada sebuah EV adalah perkara sia-sia, bahagian depannya didatangkan dengan rekaan lampu LED bersama panel badan rata.

 

4

 

Ia turut dilengkapi lampu DRL yang diletakkan menegak bersebelahan lampu utama nya bagi melengkapkan rupa harimau tersebut, Kia menggelarnya sebagai "star maps" dan ianya bakal digunakan untuk model lain mereka.

Pada bahagian belakang pula, ia turut dilengkapi dengan lampu LED bersama rekaan unik yang hampir memenuhi bucu ruang pada EV tersebut.

 

5

 

Rekaan keseluruhan badan EV9 sememangnya mengikut kontra reka bentuk Kia yang terkini, dimana ianya kelihatan futuristik dan segar bersama rekaannya yang berkotak.

Pada bahagian dalam, Kia telah memperkenalkan rekaan papan pemuka dengan kemaskini rekaan yang akan diguna dalam model mereka pada masa akan datang.

 

6

 

Ianya dilengkapi paparan skrin berbilang untuk instrumen dan infotainment yang sama seperti EV6 dengan beberapa perubahan baharu, beberapa fungsi seperti pemanas dan penghawa dingin telah dipindahkan ke skrin, namun ia masih dilengkapi dengan butang fizikal.

Kia turut memanfaatkan permukaan lantai rata itu dengan menghasilkan rekaan tempat letak tangan dan simpanan barang yang memberikan keselesaan dan lebih ruang di dalamnya.

 

7

 

Walaupun spesifikasi belum didedahkan, Kia EV9 dijangka akan dikuasakan oleh bateri berkapasiti 100 kWj, yang mampu memberikan jarak gerak sehingga 541 km.

Ia juga akan dilengkapi dengan teknologi elektrik 800V, yang membolehkan pengecasan pantas DC seperti EV6, iaitu 350 kW yang membolehkan baterinya dicaj dari 10% hingga 80% dalam masa 18 minit sahaja.

 

8

 

Sama seperti EV6, EV9 juga dijangka akan ditawarkan dengan varian motor tunggal bersama pacuan roda belakang dan dua motor elektrik bersama pacuan semua roda.

Sedangkan EV6 pun sudah mampu memberikan keterujaan baharu kepada peminat EV, EV9 juga dijangka untuk memberikan lebih kejutan, sama-sama kita nantikan spesifikasi penuhnya semasa pelancaran rasminya pada 29 Mac 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, versi facelift yang bakal dilancarkan tidak lama lagi mendefinisikan semula identiti berani…
Berita Global
  Kia menyasarkan untuk mencapai karbon neutral di dalam kesemua operasi syarikat menjelang 2045…
Berita Global
Dari segi dimensi, Kia EV9 mempunyai ukuran yang hampir sama dengan model Telluride. Dengan…