Kia EV9 Concept - kembar tidak seiras Hyundai SEVEN Concept

oleh Mohamad Hanif|
Acara LA Auto Show turut menyaksikan pameran sebuah model konsep yang lahir dari pelantar E-GMP, iaitu Kia EV9 Concept.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Kia, EV9 Concept ini turut bertindak sebagai gambaran SUV tiga baris tempat duduk yang bakal ditawarkan kelak.

SUV elektrik ini membawakan ukuran sepanjang 4,903 mm, lebar 2,055 mm, tinggi 1,790 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,100 mm, menjadikannya lebih pendek berbanding Telluride, namun dengan jarak antara roda yang lebih panjang.
 

EV9


Spesifikasi tidak didedahkan secara terperinci, namun dengan platform E-GMP itu tadi, Kia EV9 Concept mampu mencapai jarak operasi sejauh 483 km dengan teknologi pengecasan pantas yang membolehkan pengecasan 10-80 peratus dalam masa bawah 30 minit.

Tidak seperti Hyundai SEVEN Concept, Kia EV9 Concept membawakan reka bentuk yang agak bersegi, rekaan fender depan belakang yang lebar yang mengingatkan kita kepada model Jeep atau Hummer.

Muka depan Kia yang digelar sebagai muka harimau (Tiger Face) itu kini menampilkan rupa paras digital, dengan rekaan 'gril' yang tertutup kemas dan menyorokkan unit lampu LED disebalik panel tersebut.
 

EV9


'Liang udara' yang anda perasan pada bahagian hud hadapan sebenarnya bertindak sebagai panel solar yang dapat membantu memulihkan tenaga yang hilang, selain menjadi sumber tenaga alternatif sekiranya stesen pengecasan sukar untuk didapati.

Rekaan rel bumbung yang tertanam itu dikatakan mampu untuk meningkatkan kadar kecekapan aerodinamik.

Untuk ruang kabin, EV9 Concept menampilkan susun atur tempat duduk konvensional dengan rekaan tiga baris, dan masih mampu menawarkan kualiti lounge kelas pertama.
 

EV9


Namun apabila anda mengaktifkan mod tertentu, susun atur kerusi akan berubah di mana tempat duduk baris kedua boleh dijadikan sebagai meja.

Satu lagi mod tempat duduk yang ditawarkan adalah 'Enjoy Mode' di mana pintu tailgate akan dibuka, dan ketiga-tiga baris tempat duduk boleh dipusingkan ke belakang untuk membolehkan penumpang menikmati pemandangan alam sekitar.

Selain daripada itu, antara kelengkapan yang ada termasuklah bumbung panoramik, skrin paparan lebar 27 inci, papan pemuka serta rekaan roda stereng yang agak ringkas.
 

EV9


Kia turut menekankan penggunaan bahan-bahan yang lebih mesra alam seperti contoh jaring ikan yang dikitar semula untuk bahagian lantai, serta balutan fabrik yang diperbuat daripada botol platsik dan gentian bulu yang telah dikitar semula.

Sama seperti Hyundai SEVEN Concept, Kia EV9 versi produksi bakal menjadi SUV elektrik bertaraf mercu Kia dan akan menyerang pasaran menjelang tahun 2024.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna, setiap tahun sekurang-kurangnya dua buah EV yang bakal diperkenalkan oleh Kia…
Berita Global
Kia EV9 Concept ini membawakan perkadaran SUV tradisional dengan rekaan berkotak, diikuti dengan…