KIA EV8 - PENYAMBUNG LEGASI SPORT SEDAN STINGER ?

oleh Firdaus Razani|
Hyundai dan Kia kini terus memperkenalkan model baharu berdasarkan platform e-GMP yang berjaya dan kini sudahpun merancang kenderaan generasi yang akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini terdapat laporan dari Korea mengatakan bahawa Kia Stinger bakal mendapat pengganti bernama kod GT1, ia seperti merujuk sebagai EV8.

Sebagai mana kita tahu, sebelum ini Kia Stinger merupakan sebuah sedan yang dari reka bentuknya nampak menarik, tetapi ia kurang mendapat sambutan di pasaran.

Malangnya, Kia mengumumkan untuk menghentikan pengeluaran model sedan itu pada tahun lepas.

Pada pertengahan 2023, Hyundai mempratonton platform di bawah nama Integrated Modular Platform (IMA) yang dirujuk sebagai platform eM.

Platform eM akan dikongsi dengan SUV Genesis GV90 baharu pada 2025 dan platform itu akan digunakan oleh Hyundai-Kia untuk model-model seterusnya.

Pengganti Kia Stinger telah didedahkan oleh Blog Kereta Korea dan menunjukkan bahawa model akan datang itu mempunyai rangkaian kuasa dwi motor yang menghasilkan sehingga 603 hp (450 kW/612 PS).

 

ev8

 

Ia akan menjadikan model sport sedan itu merupakan yang paling hebat dengan kuasa kudanya kerana model sebelum ini iaitu EV6 GT hanya menjana 577hp (430 kW/585 PS).

Motor elektrik itu akan dijanakan oleh oleh pek bateri 113.2 kWj yang lebih besar dari pek bateri EV9 hanya bersaiz 99.8 kWj.

Menurut dokumen Kia yang bocor itu, jarak perjalanan GT1 dapat mencapai jumlah jarak antara 700-800 km bagi setiap pengecasan.

Model baharu ini dijadualkan untuk pengeluaran dari Kilang Kia Hwaseong 3 bermula pada tahun 2026 dan pelancaran ini akan menjadi sebahagian daripada produk yang lebih luas daripada Kumpulan Hyundai, bermula dengan Genesis GV90.

 

SUMBER : Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…