Kia EV6 ternyata sangat popular di Eropah!

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak tempahan dibuka, Kia Eropah telah berjaya mencatatkan lebih daripada 33,000 prospek dan lebih 7,000 tempahan bagi kenderaan elektrik pertama mereka, Kia EV6 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu siaran media, Kia mengesahkan mereka juga telah menerima lebih daripada 26,000 pendaftaran minat bagi model EV6, atau kira-kira 300 peratus daripada jangkaan asal yang ditetapkan untuk tahun ini.

Menurut Jason Jeong, presiden Kia Eropah berkata, "Melihatkan kepada pendaftaran minat yang tinggi terhadap Kia EV6, ia sekaligus menunjukkan Kia EV6 mempunyai permintaan yang tinggi.

"Ia merupakan satu perkara yang cukup mengujakan kerana kami melihat masa hadapan mobiliti menerusi model EV6 yang dibangunkan berdasarkan platform EV (E-GMP) kami.

Harga jualan untuk pasaran Eropah bermula dari €44,990 (RM222,512), di mana Kia EV6 ditawarkan dalam konfigurasi pacuan roda belakang, atau semua roda, serta penawaran pek bateri 58 kWh atau 77.4 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 510 km.

Versi paling berkuasa Kia EV6 GT pula memiliki output 577 hp/740 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j mengambil masa sekitar 3.5 saat sahaja dan jarak operasi yang sedikit kurang, iaitu 405 km.

Spesifikasi lanjut boleh dibaca pada pautan di bawah:

Kia EV6 2022

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk meraikan pencapaian tersebut, Kia telah melancarkan model edisi terhad yang dinamakan sebagai…
Telah Diuji
Dalam keterujaan dan keseronokan, penulis juga berasa sedikit gementar kerana ini adalah pengalaman…
Berita Global
Tidak semua mempunyai reputasi kebolehpercayaan (reliability) yang sama, berdasarkan laporan…