Kia EV6 tampil dengan bahasa rekaan baharu, hilang identiti hidung harimau

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada model kereta elektrik baharu daripada Kia, iaitu EV6 yang merangkap kenderaan elektrik bateri pertama daripada jenama Korea Selatan itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kia EV6 ditakdirkan berkongsi pelantar yang sama dengan model IONIQ 5, iaitu platform Electric-Global Modular Platform (E-GMP) dan membawakan perubahan besar dari segi bahasa rekaan Kia, tidak terdapat pada mana-mana model Kia pada ketika ini.

 


Ini kerana Kia EV6 menggunakan falsafah rekaan Opposites United yang dibina dengan lima tunjang utama iaitu,

  • Bold for Nature
  • Joy for Reason
  • Power to Progress
  • Technology for Life
  • Tension And Serenity

Dari sudut pandang hadapan, Kia EV6 menampilkan rekaan lampu yang agak menonjol denga lampu nyalaan siang LED terbina berbentuk C, di mana menurut Kia struktur ini membentuk "Digital Tiger Face", satu kemajuan reka bentuk daripada rekaan gril hidung harimau Kia sebelum ini.

 


Bahagian sisi EV6 ini menampilkan rekaan yang bersih tanpa sebarang kehadiran garisan badan yang serabut, rekaan bumbung terapung, sementara bahagian belakang pula menampakkan susunan lampu LED yang berbentuk seperti sebuah pintu gerbang.

Mengikut trend semasa, Kia EV6 turut hadir dengan ciri skrin paparan berkembar yang melengkung, sementara bahagian tengah pula menempatkan butang  HVAV, manakala konsol tengah pula terdapat dial rotari pemilihan fungsi pemanduan.

 


Pemilihan bahan untuk digunakan pada ruang kabin adalah daripada bahan plastik yang dikitar semula.

Kia EV6 akan dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk meraikan pencapaian tersebut, Kia telah melancarkan model edisi terhad yang dinamakan sebagai…
Telah Diuji
Dalam keterujaan dan keseronokan, penulis juga berasa sedikit gementar kerana ini adalah pengalaman…
Berita Global
Tidak semua mempunyai reputasi kebolehpercayaan (reliability) yang sama, berdasarkan laporan…