Kia EV6 edisi terhad sempena anugerah NACTOY 2023, warna khas Deep Forest Green

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun yang lalu, kereta elektrik Kia EV6 telah dinobatkan sebagai juara kategori Utility of The Year oleh North American Car, Truck and Utility Vehicle of the Year Awards (NACTOY).
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Untuk meraikan pencapaian tersebut, Kia telah melancarkan model edisi terhad yang dinamakan sebagai Kia EV6 North American Utility Vehicle of the Year Limited Edition.
 

NACTOY


Hanya 1,000 unit sahaja Kia EV6 edisi terhad yang akan dihasilkan, di mana setiap satu membawakan ciri dan elemen daripada varian Wind dan GT-Line yang ditawarkan di negara tersebut.

Bukan itu sahaja, hanya satu warna tunggal sahaja yang akan ditawarkan kepada pelanggan, iaitu warna Deep Forest Green yang dibangunkan khusus untuk model ini.
 

NACTOY


Kemasan warna hijau itu kemudian dikontraskan dengan warna hitam pada bahagian arka roda, plastik pelindung bawah badan, cermin sisi, serta seksyen bawah bampar depan dan belakang.  

Keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim aloi 20 inci yang didapati pada model EV6 GT-Line.
 

NACTOY


Ruang kabin pula diberikan layangan warna Desert Beige di mana menurut Kia ia memberikan penghormatan kepada kombinasi penggayaan kenderaan berprestasi tinggi klasik.

Terdapat juga medal NACTOY yang akan mengingatkan pemilik tentang kehebatan kereta tersebut setiap kali mereka masuk dan memandu model EV6 ini.
 

NACTOY


Kia EV6 warna Deep Forest Green ini dibekalkan dengan dua motor elektrik yang mampu menghasilkan 321 hp dan 605 Nm, dipadankan dengan pek bateri 77.4 kWh yang membenarkan jarak gerak sejauh 506 km untuk sekali cas penuh (data WLTP).

Ciri keselamatan termasuklah paparan keliling, sistem pemantauan titik buta, bantuan pengelakan pelanggaran hadapan, serta bantuan pemanduan lebuh raya (Kia’s Highway Driving Assist 2).