Kia EV6 2022 menang anugerah Car of The Year Eropah!

oleh Mohamad Hanif|
Sedar ataupun tidak, kenderaan elektrik sememangnya merupakan masa depan industri automotif, dan dunia kini sudah pun mula dibanjiri dengan beberapa model kenderaan elektrik yang menarik, tidak kurang juga hadir dengan model berprestasi tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di Eropah, Kia EV6 berjaya merangkul anugerah Car of The Year Eropah untuk tahun ini berdasarkan undian para juri untuk tempoh 12 bulan yang lalu, sekaligus menjadikannya model pertama Kia yang memenangi anugerah berprestij itu.

Dengan skor sebanyak 279 undi, Kia EV6 telah berjaya mengenepikan model-model lain seperti Renault Megane E-Tech Electric (265 poin), Hyundai Ioniq 5 (261 poin), serta finalis lain seperti Peugeot 308 (191 poin), Skoda Enyaq (185 poin), Ford Mustang Mach-E (150 poin) dan Cupra Born (144 poin).

Sesebuah EV yang cemerlang dipilih kerana ciri pengecasan pantas serta jarak operasi yang memadai dengan harga jualannya.

Namun, para juri sebulat suara memilih Kia EV6 sebagai pemenang disebabkan ia menawarkan kadar olengan badan yang minima, pengendalian yang lebih menyeronokkan, rasa stereng yang lebih ketat, serta pemanduan yang sedikit sporti secara keseluruhannya.

Baca: Kia EV6

Sumber: Car of The Year

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk meraikan pencapaian tersebut, Kia telah melancarkan model edisi terhad yang dinamakan sebagai…
Telah Diuji
Dalam keterujaan dan keseronokan, penulis juga berasa sedikit gementar kerana ini adalah pengalaman…
Berita Global
Tidak semua mempunyai reputasi kebolehpercayaan (reliability) yang sama, berdasarkan laporan…