Kia EV5 Concept diperlihatkan, versi produksi bakal muncul di China pada tahun ini

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Chinese EV Day, Kia memperlihatkan sebuah model konsep dengan elemen rekaan yang banyak diterapkan daripada model Kia EV9 sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, crossover elektrik tersebut akan mula dijual di pasaran China pada tahun ini, dan berkemungkinan besar akan diikuti oleh pasaran utama lain.

Rekaan badan yang berkotak sememangnya mengingatkan kita pada model Kia EV9 yang telah pun muncul sebelum ini.
 

EV5


Model EV5 Concept tersebut mempunyai bahagian depan yang tidak mempunyai sebarang bukaan jeriji, unit lampu utama yang agresif bentuknya, profil sisi dengan kesan lekukan yang berat, diikuti dengan unit lampu belakang yang mengingatkan kita pada model Volvo EX90.

Seperti mana-mana model konsep, Kia EV5 Concept dipadankan dengan rim besar bersaiz 21 inci.

Walaupun bahagian luaran nampak macam warna perak, tapi ia sebenarnya merupakan warna kustom Iceberg Matte Green.
 

EV5


Masuk ke dalam ruang kabin, Kia EV5 Concept membawakan sentuhan estetik yang lebih lembut dan minimalis, serta menerapkan penggunaan bahan-bahan kitar semula seperti botol plastik pada tempat duduk, pintu, papan pemuka dan headliner.

Roda stereng yang bersegi itu dipadankan dengan sekeping panel paparan yang memanjang ke tengah.

Terima kasih kepada ketiadaan konsol tengah, Kia EV5 Concept boleh menawarkan konfigurasi tempat duduk seakan bangku yang lebih memanjang, dan boleh dipusingkan menghadap ke luar.
 

EV5


Bumbung suria panoramik yang amat besar itu boleh bertindak sebagai panel solar.

Setakat ini, Kia masih lagi belum mendedahkan perincian berhubung trenkuasa yang digunakan, serta jarak gerak yang mampu ditawarkan oleh Kia EV5 Concept.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tampil hampir sama seperti rupa konsepnya yang diperlihatkan di acara Chinese EV Day pada Mac lepas…