Kia dan Tesla Terajui Kajian Bateri EV Paling Tahan Lasak di Sweden

oleh Qalif Latif|
Kajian terbaru di Sweden menunjukkan Kia dan Tesla kini mendahului senarai pengeluar yang memiliki bateri kenderaan elektrik (EV) paling kukuh dan tahan lama di pasaran. Penemuan ini diumumkan oleh syarikat broker kereta terpakai, Kvdbil, yang menjalankan penilaian ke atas lebih 1,300 unit kenderaan elektrik dan plug-in hybrid di negara itu.

Menurut Kvdbil, bateri EV dinilai berdasarkan “State of Health” (SoH) iaitu ukuran yang membandingkan kapasiti sebenar bateri ketika ini berbanding kapasiti asal semasa baharu. Hasilnya, 8 daripada 10 kenderaan yang diuji memperoleh penarafan tertinggi dengan lebih 90 peratus kapasiti asal masih kekal, walaupun selepas bertahun-tahun digunakan.

Martin Reinholdsson, Pengurus Ujian Kvdbil, berkata pihaknya agak terkejut dengan keputusan tersebut kerana prestasi bateri nyata lebih baik daripada jangkaan.

Kami pernah nampak petanda sebelum ini, tapi kami tak sangka sebanyak ini yang masih berada dalam keadaan sangat baik,” katanya.

Faktor Yang Mempengaruhi Prestasi Bateri

Kajian itu mendapati bateri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan biasanya datang daripada kereta yang jauh lebih tua dan telah dipandu dalam jarak yang sangat panjang. Namun Reinholdsson menegaskan, ia bukan berpunca daripada jenama tertentu tetapi lebih kepada kadar kehausan semula jadi.

Antara faktor utama yang mempengaruhi ketahanan bateri termasuk:

  • Umur kenderaan

  • Iklim dan suhu persekitaran

  • Gaya pemanduan

  • Tabiat pengecasan

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya mengamalkan amalan penjagaan bateri yang baik seperti tidak mengecas melebihi 80% terlalu kerapmengelak pendedahan suhu ekstrem, serta mengurangkan penggunaan pengecasan pantas (fast charging).

Faktor-faktor inilah yang boleh kita kawal. Umur dan jarak perbatuan datang secara semula jadi,” tambahnya.

10 Model EV Dengan Bateri Paling Baik

KIA EV6

Berdasarkan kajian Kvdbil, inilah senarai 10 model EV yang menunjukkan keadaan bateri terbaik di Sweden:

  1. Kia EV6

  2. Kia e-Niro

  3. Tesla Model Y

  4. Opel Mokka-e

  5. Mazda MX-30

  6. Audi Q4 e-tron

  7. Fiat 500e

  8. Volvo XC40 Recharge

  9. Citroën e-C4

  10. Volkswagen ID.4

Kajian ini secara tidak langsung memperkukuh reputasi Kia dan Tesla dalam bidang teknologi bateri, menandakan kedua-dua pengeluar itu sedang menetapkan penanda aras baharu dalam ketahanan dan kecekapan tenaga EV.

Sumber: Kajian Kvdbil, Sweden (20 Oktober 2025)


 

Berita Berkenaan

Berita Global
EV1 bukan sekadar versi elektrik kepada Kia Picanto, sebaliknya dibangunkan sebagai produk…
Berita Global
Walaupun angka itu tidak mencapai sasaran asal 3.22 juta unit, prestasi tersebut tetap mencipta…
Berita Domestik
Presiden serta CEO Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim menjelaskan matlamat Kia bukan sekadar menjadi…